CNN TürkSüper Loto’da büyük ikramiye 850 milyon TL’yi aştı! Gözler 8 kasım çekilişindePunchReject divisive religious narratives, IPCR tells NigeriansInquirerSara Duterte’s spox: Prosecution in impeach trial failed to prove its caseThe Jerusalem PostIsrael or Judea, democracy or religion: What the 2026 election was really about - opinionZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFn-tvMehr Spielraum für BND und BfV: Schwarz-Rot einigt sich auf neue Befugnisse für GeheimdiensteComplete Sports2026 U-17 WWC: Japan Ready to Make History Against Flamingos – YotsumotoVanguard2027: Why is Obi facing attacks despite finishing third in 2023? – UtomiIl Fatto Quotidiano“Ho avuto un esaurimento nervoso per aver letto in latino tutto San Tommaso. I robot? Un orrore, non voglio neanche il computer. Scrivo a mano con la Olivetti 32. Ho paura della demenza”: così Del DebbioSRF NewsSchweizer Milchindustrie – Cremo in der Krise – ein Problem für die ganze MilchbrancheRTL BoulevardPastoor nieuwe hoofdtrainer van PEC ZwolleGolem.deMidterm-Wahlen: VW untersucht Döllner-Auftritt mit Trump
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

DAP tak bincang pengganti Loke, kata Syahredzan

Translate

Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan berkata parti itu tidak bincang calon menggantikan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.

Beliau berkata, perkara itu tidak wajar diketengah memandangkan peletakan jawatan Loke belum berkuat kuasa.

“Buat masa ini peletakan jawatan beliau belum berkuat kuasa selagi Najib tidak jejak kaki ke rumah (jadi) tidak wajar untuk membincangkan soal siapa pengganti.

“Bila tiba masa, keanggotaan Jemaah Menteri adalah prerogatif perdana menteri. Sudah tentu perdana menteri akan buat keputusan selepas berbincang dengan setiausaha agung DAP sendiri,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, Loke dilaporkan mengesahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib sampai di kediamannya bagi menjalani tahanan di rumah.

Menurutnya, surat peletakan jawatan asal telah pun diserahkan sebelum ini dan beliau juga sempat berbincang mengenai perkara tersebut dengan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Semalam, Umno umum telah melunaskan denda yang dikenakan terhadap bekas presidennya itu selepas berjaya mengumpulkan dana mencukupi menerusi kempen kutipan derma yang dilancarkan pada September.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan perintah pelepasan selepas bayaran direkodkan, namun Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan pelaksanaan tahanan rumah wajar ditangguhkan sementara, bagi meneliti persoalan perundangan berkaitan perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.