ESPN DeportesCruz Azul busca salir de su mala racha ante el sotanero FC JuárezThe Jerusalem PostTwo dead, including child, after vehicle plows through youth soccer game in Wichita, KansasPunchOyo mother sells one-month-old baby for N2mESPNFollow live: Bazzana's homer helps Guardians cut into Rays' leadZDF heuteManipulation durch GerrymanderingKhaosod EnglishThai police rescue student tricked into staging kidnapping for ransomEl Comercio“El niño”: el conmovedor tráiler de la adaptación que Netflix estrenará de la novela de Fernando Aramburu | VIDEO20 MinutenNutzt du «1234» als Passwort? Das meint der Experte dazuFree Malaysia TodayMessi brace lifts Inter Miami to 3-1 win in Atlantaسكاي نيوز عربيةفانس يربط عنف فرنسا بالهجرة ومشكلات "الاندماج"Collider13 Years Later, Prime Video’s Twisty Mystery Thriller Hits Harder Than EverNew Straits TimesZverev, Medvedev ousted with Spaniards to clash for Shanghai title
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

PRN Melaka: Penentu Umno perlu PAS PRU16, kata penganalisis

Translate

Langkah Umno mendiamkan diri mengenai kemungkinan pakatan dengan PAS berbaki kurang dua minggu sebelum penamaan calon PRN Melaka dilihat mahu menguji kekuatan pilihan rayanya secara solo, kata penganalisis.

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, prestasi Umno pada PRN Melaka berkemungkinan membentuk keputusannya sama ada mahu menubuhkan pakatan pilihan raya di peringkat kebangsaan, menjelang PRU16.

“Sekiranya Umno boleh menang sendiri, mereka akan berada pada kedudukan lebih baik menentukan sejauh mana parti itu memerlukan PAS pada PRU16,” katanya kepada FMT.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Mazlan turut berkata, Umno teragak-agak membentuk pakatan dengan PAS pada PRN Melaka 14 Nov ini kerana yakin dapat mengekalkan 21 kerusi dimenanginya dalam PRN 2021, selain melihat tidak banyak keperluan berkompromi.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi, menyatakan walaupun Umno berhasrat mempertahankan 21 kerusi, parti terbuka berunding dengan rakan kongsi berpotensi melibatkan baki tujuh DUN.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, parti itu turut terbuka kepada potensi pertukaran kerusi.

Mazlan berkata, kebimbangan utama adalah sama ada pertukaran kerusi ini akan melibatkan kawasan kubu kuat PAS, serta mempersoalkan berapa banyak kerusi yang sanggup diserahkan PAS kepada BN.

Hisommudin Bakar

Hisommudin Bakar.

Hisommudin Bakar yang mengetuai badan pemikir Ilham Centre, mengaitkan sikap berdiam diri Umno dengan kebimbangan sama ada kerjasama akan menguntungkan BN atau memperkasakan PAS, yang berebut kumpulan pengundi Melayu sama.

“Umno perlu menilai sama ada kerjasama akan membantu membangkitkan semula parti itu atau memberi dorongan kepada PAS.”

Hisommudin berkata, kemenangan BN baru-baru ini pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebahagiannya berpunca daripada penyokong PAS yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Di Johor, BN menang 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan, manakala di Negeri Sembilan gabungan itu meraih 18 daripada 25 DUN ditandingi.

“Persoalannya ialah sama ada BN boleh mengekalkan kerusinya tanpa sokongan pengundi PAS,” katanya, sambil menambah dengan bergerak solo, BN berdepan risiko persaingan tiga penjuru yang menyumbang parti itu hilang kerusi pada PRU 2018 dan 2022.

Namun, Hisommudin berkata, sikap berdiam diri Umno membolehkan parti berkenaan kekal mempunyai pilihan terbuka, sambil menimbang kebaikan dan keburukan pakatan dengan mana-mana parti serta perundingan pembahagian kerusi.

Jayum Jawan

Jayum Jawan.

Jayum Jawan daripada Akademi Sains Malaysia berkata, Umno tidak mempunyai banyak sebab untuk mencari pakatan susulan kejayaan BN di Johor dan Negeri Sembilan, sambil menambah parti itu nampaknya ‘kembali bangkit’.

Beliau berkata, pakatan bersama PAS mampu merencatkan kebangkitan semula Umno apabila memaksa parti itu menyerahkan kerusi berpotensi dimenanginya.

Jayum turut menolak tanggapan Umno takut kepada PAS sebagai pesaing nasional, walaupun beliau mengakui PAS mempunyai pengaruh menuntut konsesi dalam perundingan akan datang.

“Sudah tentu tiada parti politik yang mahu menyerahkan kerusi kepada rakan kongsi baharu, terutamanya apabila ia percaya mampu memenangi kerusi atas kekuatan sendiri.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.