Rauf berdepan PH di Tanjung Bidara

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dalam misi mempertahankan Tanjung Bidara berdepan saingan Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka 14 Nov.
Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Saifuddin Abdul Karim, di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim Kompleks Japerun, Tanjung Bidara.
Saifuddin mengesahkan tiada calon yang ditolak selepas Rauf menyerahkan borang pencalonan pada 9.03 pagi, manakala Naziri pada 9.08 pagi.
Terdahulu, Presiden Umno Zahid Hamidi mengiringi Rauf ke pusat penamaan calon bersama Ketua BN Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan timbalannya, Johan Abd Aziz.
Terdahulu Rauf menjadi calon pertama memasuki pusat penamaan calon pada 9 pagi, diikuti Yunazri, 9.06 pagi.
Penyokong BN mula berkumpul di bilik gerakan parti di Tanjung Bidara seawal 8 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
Suasana di sekitar pusat penamaan calon turut meriah dengan kehadiran penyokong PH, yang berkumpul bagi mengiringi Yunazri.
PRN Melaka 2021 menyaksikan Rauf yang juga ketua BN negeri menang kerusi Tanjung Bidara dengan majoriti 364 undi, menewaskan calon PN, Mas Ermieyati Samsudin dan Zainal Hassan (PH).
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.