CNN TürkHAVA DURUMU TAHMİNLERİ: 9 Ekim havalar nasıl olacak, yağmur yağacak mı? Meteoroloji'den 5 ile son dakika sağanak uyarısı!PunchNigerian states’ revenues rise 93%, but education spending drops — World BankESPNBuccaneers explode in third quarter in win over CowboysInquirerLPA forms outside PAR, unlikely to develop into cyclone — PagasaBollywood HungamaNana Patekar cremated at Pune farmhouse with Full State Honours; son Malhar Patekar performs last ritesDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Coyote vs. Acme — The Looney Tunes comeback taking cartoon chaos to the courtroomESPN DeportesBuccaneers se roban la victoria en Dallas한겨레[포토] 처음 만나는 새가족…에이브러햄 링컴함 300여일 임무마치고 귀환ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldWhat it will cost to score public access to the ‘invitation only’ Birdcage marqueesSözcüBinlerce kasa Bulgaristan'dan yola çıktı: Türkiye'ye geri geliyorIl Fatto QuotidianoUsa, l’annuncio del Pentagono: “La fucilazione dell’autore della strage di Fort Hood sarà trasmessa in diretta streaming”
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Irene Sofiya dipukul batang besi lepas cinta ditolak, kata polis

Translate

Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal disyaki menjadi mangsa dendam akibat cinta ditolak dengan suspek disyaki memukul pelajar Tingkatan 4 itu menggunakan sebatang besi berukuran 96cm.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad, berkata pihaknya turut merampas sehelai baju sukan yang ada kesan darah, termasuk merampas besi berkenaan yang dibaluti tali leher.

“Polis turut merampas satu batang besi panjang berukuran 96cm yang dibaluti dengan kain tali leher yang kita syaki digunakan sebagai senjata untuk memukul mangsa.

“Berdasarkan siasatan terkini, polis percaya motif pembunuhan adalah akibat daripada perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cinta.

“(Terdapat) kesan pukulan di bahagian kepala, ada juga kesan pukulan di bahagian tangan dan beberapa lagi tubuh si mati,” katanya pada sidang media di Johor Bahru.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu hampir dilengkapkan dengan kertas siasatan akan dirujuk hari ini ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.

“Kita jangkakan (kertas siasatan) akan dirujuk pada hari ini untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya.

Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini membenarkan pelajar lelaki yang juga suspek kes bunuh Irene Sofiya di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, direman enam hari lagi.

Dalam kejadian sekitar 5.30 petang Sabtu lalu, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan di dewan sekolah berkenaan.

Mangsa ditemukan bersama kesan darah kering pada badan, selain lebam dipercayai akibat dipukul. Sebuah pasu pecah turut ditemukan berhampiran mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar mengesahkan punca kematian Irene Sofiya disebabkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di kepala.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.