The Jerusalem PostAustralia sanctions individuals, organizations tied to West Bank settlements, settler violenceInquirerOas in Albay launches digital services to cut red tape, lessen feesPunchFG orders recovery of excess payments to university workersCNN TürkRESMİ GAZETE KARARLARI 18 KASIM: Resmi Gazete atamaları ve kararları neler? Bayburt Üniversitesi öğretim üyesi alımı ilanı yayınlandı!한겨레미국 노동자, 업무에 AI 사용시간 5.3% 불과…“AI 생산성효과 아직 미미”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesPolice arrest 36 foreigners in Kuantan love scam raids경향신문46표 차로 당선된 전화식 성주군수···경찰, ‘위장전입 의혹’ 압수수색GMA NewsSara Duterte camp says 2 former staff now safe amid alleged threatsDeadlineIDA Awards Nominations: ‘Concrete Land’ Lands 6, With ‘To Hold A Mountain’ Close Behind; Elizabeth Holmes Doc In The MixХабр«Процесс» Франц КафкаLa NaciónVideo: los golazos de Nico Paz, Julián Álvarez, Franco Mastantuono y Alexis Mac Allister para la Argentina ante Costa Rica
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 18, 2026

Polis tembak mati suspek 24 kes samun guna teksi

Translate

Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam 24 kes samun menggunakan teksi maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Chow Kit, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Kuala Lumpur bersama Bukit Aman menyerbu bilik hotel berkenaan pada 2 pagi tadi selepas mengesan suspek yang bersembunyi disitu.

Katanya, suspek yang bersenjata api telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis selepas menyedari serbuan berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan sehingga menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

“Tindakan itu berterusan sehingga ancaman keselamatan berjaya dihapuskan,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata suspek yang juga warga tempatan disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan pihak polis turut merampas sepucuk senjata api dan dadah disyaki syabu dalam bilik berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah dan dikehendaki polis.

Katanya, dengan tumpasnya suspek itu polis berjaya menyelesaikan 24 kes samun yang menggunakan teksi yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Fadil, modus operandi suspek adalah menyamar sebagai pemandu teksi sebelum menyamun penumpang khususnya wanita dan warga emas serta mangsa yang dirasakan lemah.

Tambahnya, polis juga masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kes samun berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.