The Jerusalem PostTrump says toppling Iran's regime is 'probably doable,' but not his war goalPunchPete Edochie: Life, career and legacy of a Nollywood legendInquirerBuCor to help inmates form co-ops for livelihood after release한겨레폭력조직과 결탁해 ‘최대 300% 수익’ 미끼…다단계 사기 조직 검거ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Hollywood ReporterFubo Plans Now Include Free Disney+, Hulu, ESPN Unlimited and Fox OneImpress Watchドコモ、5GホームルータをWi-Fi 7対応に強化 受信アンテナは8本にSoompiKickFlip’s Keiju Injures Hand + To Adjust Participation In Upcoming ActivitiesCBS NewsKilmar Abrego Garcia leaving U.S. today for SpainSözcüBoşanma aşamasındaki eşini öldürdü, polise 11 saat direndiESPNWho's on the CFP bubble after the committee's fourth ranking?VanguardTears as victims of Bayelsa boat mishap get mass burial
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

GPS, GRS pengaruhi strategi parti Semenanjung, kata penganalisis

Translate

Gabungan pemerintah di Sarawak dan Sabah mempengaruhi strategi parti di Semenanjung menjelang (PRU16) kerana kedua-duanya dilihat sebagai ‘king maker’, kata penganalisis.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara dan James Chin daripada University of Tasmania berkata, keputusan PAS dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada PRN Sarawak 12 Dis ini mencerminkan keinginan kedua-dua parti mengekalkan hubungan baik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang sokongannya mungkin menjadi faktor penting dalam menentukan pihak yang membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Azmi berkata, GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menggunakan kekuatan mereka di Parlimen untuk merundingkan syarat yang lebih baik dengan kerajaan persekutuan selagi parti dari Semenanjung bergantung kepada sokongan mereka untuk memperoleh majoriti.

Azmi Hassan.

Katanya, kedua-dua gabungan itu boleh menggunakan kedudukan mereka untuk menuntut perubahan dalam peruntukan belanjawan bagi negeri masing-masing.

Beliau turut berkata, keputusan PAS tidak bertanding PRN Sarawak sebahagian besarnya didorong oleh perkiraan politik parti itu menjelang PRU16, memandangkan PAS menyedari ia mungkin memerlukan sokongan GPS jika mahu membentuk kerajaan persekutuan bersama BN.

“Saya fikir itulah sebab utama PAS memilih untuk tidak bertanding. Bagi PAS, ini langkah pragmatik. Parti itu berpeluang membentuk kerajaan persekutuan, tetapi dengan bantuan GPS,” katanya.

Azmi berkata, GPS menggunakan pengaruh politiknya demi kepentingan Sarawak, manakala GRS turut mengambil iktibar daripada cara gabungan itu merundingkan kedudukannya di peringkat persekutuan.

Beliau merujuk tuntutan supaya Sarawak dan Sabah diperuntukkan satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen sebagai satu lagi contoh bagaimana parti di Malaysia Timur berusaha memperkukuh pengaruh politik mereka.

Chin berkata, PAS dan Umno melihat lebih jauh daripada PRN Sarawak ketika berusaha mendapatkan kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

james chin

James Chin.

Katanya, kedua-dua parti Melayu terbesar itu menyasarkan untuk memperoleh antara 100 hingga 105 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih memerlukan sokongan GPS dan GRS untuk membentuk kerajaan persekutuan, yang menjelaskan mengapa kedua-dua parti mengelak daripada mencetuskan perselisihan tidak perlu dengan gabungan dari Malaysia Timur itu, katanya.

“PAS dan Umno merasakan mereka akan memenangi PRU16 dan tidak mahu menjejaskan hubungan dengan GPS atau GRS. Lebih mudah untuk berunding dengan mereka selepas malam pilihan raya jika kita tidak menjadikan mereka musuh,” katanya.

Chin berkata, keberkesanan strategi itu bergantung keupayaan PAS dan Umno mengekalkan kerjasama sehingga PRU16.

Katanya, GPS dan GRS akhirnya akan menilai pihak mana yang mampu menawarkan lebih banyak konsesi kepada mereka sebelum memutuskan gabungan mana yang akan disokong selepas PRU16.

“Namun, jika jumlah kerusi yang diperoleh jelas menunjukkan Umno dan PAS melepasi 100 kerusi, GPS dan GRS tidak mempunyai pilihan selain menyertai kerajaan itu,” katanya.

Chin turut berkata, kedua-dua gabungan itu lebih cenderung untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan persekutuan.

“GPS dan GRS tidak merasakan bahawa menyertai blok pembangkang merupakan pilihan yang wajar,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.