CNN TürkResmen başladı: Karma çalışma yönetmeliğinde neler değişti?PunchMorning recap: Sex workers scramble as anti–HIV jab runs out, Obi, Momodu condemn El-Rufai’s prolonged detention, other top storiesThe Jerusalem PostSaudi coalition says it intercepts Houthi missiles, drones targeting Khamis Mushait, RiyadhESPN DeportesLos Grizzlies cortan al veterano D'Angelo Russell한겨레‘중국 연안 사정권’…일 자위대, 미일 연합훈련서 공격용 미사일 전개키로SözcüEl Nino'nun 'Godzilla' versiyonu geliyor: En az 450 bin kişi hayatını kaybedecekSky TG24Tra ex-bunker e vecchie stazioni di servizio, viaggio nella Berlino “riqualificata”Wirtualna PolskaDyplomaci mogą nie wrócić z ZO ONZ. Nad USA nadciąga nor'easterCumhuriyetSon Dakika... Fon soruşturmasında 6 tutuklama daha: Tutuklu sayısı 51’e yükseldiESPN🏈 NFL Week 3 picks, predictions, fantasy tips and moreThe Sydney Morning HeraldAFL Grand Final 2026SportstarAsian Games 2026 India medal tally LIVE, September 26: Women’s kabaddi team wins gold, Sawan Barwal wins marathon silver
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 26, 2026

Mahkamah tangguh rundingan bantuan perayaan NUBE-MCBA sementara rayuan diputuskan

Translate

Mahkamah Tinggi menangguhkan perintah supaya Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya (MCBA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menyambung semula rundingan mengenai bantuan perayaan kepada pekerja, sementara menunggu keputusan rayuan MCBA di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan pelaksanaan perintah yang mewajibkan Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya (MCBA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menyambung semula rundingan mengenai pembayaran bantuan perayaan kepada pekerja, sementara menunggu rayuan MCBA di Mahkamah Rayuan.

Hakim Norliza Othman membenarkan permohonan penangguhan itu selepas mendapati MCBA mungkin mengalami kerugian serius yang sukar dipulihkan sekiranya ia tidak diberikan.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan akan memberi kesan langsung terhadap pertikaian itu kerana jika MCBA berjaya dalam rayuannya, perkara yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan perlu dibicarakan semula.

“Inti pati permohonan penangguhan ini menyentuh perkara asas dalam pertikaian antara kedua-dua pihak,” katanya.

Pertikaian itu membabitkan pembayaran bantuan perayaan dan perjanjian kolektif ke-20 antara kedua-dua pihak.

NUBE sebelum ini menuntut bantuan perayaan bersamaan sebulan gaji untuk ahli kategori B40 dan M40 yang layak. MCBA membuat pembayaran itu pada 2023 tetapi enggan meneruskannya pada 2024.

Pertikaian berkenaan kemudian dirujuk oleh menteri sumber manusia ke Mahkamah Perusahaan.

NUBE turut mencabar rujukan berhubung pertikaian mengenai perjanjian kolektif ke-20 dengan berhujah bahawa kedua-dua pihak sepatutnya menggunakan mekanisme penyelesaian dalaman di bawah Perkara 4(5) perjanjian kolektif mereka.

Pada 13 Feb, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman NUBE, membatalkan dua rujukan dibuat menteri dan mengarahkan kedua-dua pihak kembali berunding menggunakan mekanisme yang telah dipersetujui.

MCBA dan menteri kemudiannya memfailkan rayuan, menyebabkan persatuan itu memohon supaya keputusan Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara rayuan didengar.

Rayuan itu dijadualkan pada 22 Mac tahun depan.

Dalam penghakimannya, Norliza berkata sesuatu perintah penangguhan memerlukan “keadaan khas”, manakala merit atau kemungkinan rayuan itu berjaya bukan perkara yang perlu dipertimbangkan pada peringkat ini.

Beliau turut menolak hujah NUBE bahawa isu bantuan perayaan itu hanya melibatkan tuntutan kewangan.

“Jika wang itu dibayar, terdapat risiko ia tidak dapat diperoleh semula sepenuhnya daripada setiap ahli sekiranya Mahkamah Rayuan memutuskan memihak kepada persatuan bahawa mereka tidak diwajibkan membuat pembayaran itu,” katanya.

Norliza berkata NUBE juga tidak akan mengalami kerugian kerana sekiranya kesatuan itu menang dalam rayuan, kedua-dua pihak masih boleh menyambung semula rundingan.

Beliau berkata pertimbangan kepentingan kedua-dua pihak jelas memihak kepada pemberian perintah penangguhan itu.

N Sivabalah, E Reena, Hua Zhi Loon dan Peter Halach Santiago mewakili MCBA, manakala peguam kanan persekutuan Isa Mohamad mewakili menteri, ketua pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.

Ravi Nekoo dan M Arvin Kumar pula mewakili NUBE.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.