CNN TürkHAVA DURUMU TAHMİNLERİ: 9 Ekim havalar nasıl olacak, yağmur yağacak mı? Meteoroloji'den 5 ile son dakika sağanak uyarısı!PunchNigerian states’ revenues rise 93%, but education spending drops — World BankESPNBuccaneers explode in third quarter in win over CowboysInquirerLPA forms outside PAR, unlikely to develop into cyclone — PagasaBollywood HungamaNana Patekar cremated at Pune farmhouse with Full State Honours; son Malhar Patekar performs last ritesDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Coyote vs. Acme — The Looney Tunes comeback taking cartoon chaos to the courtroomESPN DeportesBuccaneers se roban la victoria en Dallas한겨레[포토] 처음 만나는 새가족…에이브러햄 링컴함 300여일 임무마치고 귀환ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldWhat it will cost to score public access to the ‘invitation only’ Birdcage marqueesSözcüBinlerce kasa Bulgaristan'dan yola çıktı: Türkiye'ye geri geliyorIl Fatto QuotidianoUsa, l’annuncio del Pentagono: “La fucilazione dell’autore della strage di Fort Hood sarà trasmessa in diretta streaming”
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Polis tahan 2 lelaki bawa dadah RM3.3 juta di Kuching

Translate

Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 32.73 kg dadah jenis pil Eramin 5 dianggarkan bernilai RM3.3 juta dalam satu operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada 28 Sept lepas.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata kedua-kedua suspek berusia 25 dan 39 tahun itu ditangkap di balai ketibaan LTAK dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching melalui penerbangan untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.

“Kedua-dua suspek dipercayai menerima upah RM5,000 bagi kegiatan berkenaan,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak di sini hari ini.

Saifullizan berkata sindiket tersebut dipercayai aktif sejak Ogos lepas, manakala dadah dirampas dianggarkan boleh menjejaskan sehingga 163,650 orang.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun positif methamphetamine, amphetamine dan benzo, manakala seorang lagi suspek negatif dadah.

“Suspek berusia 25 tahun yang merupakan penganggur turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk satu rekod kesalahan dadah dan dua rekod kesalahan jenayah, manakala suspek berusia 39 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod kesalahan jenayah,” katanya.

Kedua-dua suspek direman enam hari hingga 5 Okt lepas sebelum tempoh reman dilanjutkan dua hari lagi, hingga 7 Okt.

Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada 7 Okt mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.