The Jerusalem PostSaudi Arabia says it intercepts three Houthi missiles targeting RiyadhInquirerAnti-narcotics agents nab 2 suspects, seize P4M in meth in Lanao del SurPunchMega churches face succession heat한겨레4년 만의 대중 무역흑자의 역설…반도체 빼면 적자 더 늘어ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİran'dan ABD’ye Irak hatırlatmasıThe Hollywood ReporterUnder Pressure From Struggling Members, SAG-AFTRA Vows to Advocate for Universal Healthcare매일경제170만명 홀린 ‘부캉이’ 이름값이 얼마길래…상표 출원 21건NU.nlVerstappen bijna in bandenstapel na incident met Russell in derde training VegasDeadline‘Yellowjackets’ Stars Melanie Lynskey & Christina Ricci On Misty’s Plot “To Save Themselves” From Shauna: “She’ll Be The Downfall Of Everybody”New Straits Times#SHOWBIZ: Adam Driver, Scarlett Johansson star in New York family crime drama 'Paper Tiger'The Sydney Morning Herald'Unnecessary': F1 rivals tangle in practice
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 21, 2026

Tiada jaminan pengundi Cina ‘selamatkan’ DAP pada PRU16, kata penganalisis

Translate

Tiada jaminan pengundi Cina akan memberikan sokongan padu kepada DAP pada PRU16, walaupun komuniti itu menunjukkan sokongan kuat pada PRN Melaka hujung minggu lepas, kata penganalisis.

james chin

James Chin.

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, kebimbangan terhadap kerjasama Umno-PAS mendorong pengundi Cina membantu DAP mengekalkan empat kerusinya di Melaka.

Katanya, sokongan pengundi Cina di Melaka turut dirangsang oleh keputusan di Negeri Sembilan, yang menyaksikan DAP tewas di dua kerusi utama akibat penyatuan undi Melayu oleh pakatan Umno-PAS.

“Saya rasa masyarakat Cina melihat keputusan di Negeri Sembilan dan agak bimbang DAP akan juga kalah teruk di Melaka. Jadi memang ada unsur itu.

“Persoalan paling penting bagi pengundi Cina menjelang PRU akan datang adalah sama ada mereka mahu selamatkan atau hukum DAP,” katanya kepada FMT.

Chin berkata, usaha melaksanakan beberapa reformasi utama sebelum PRU16 akan banyak membantu memastikan DAP mengekalkan undi Cina.

Beliau menambah, kebimbangan terhadap Umno-PAS di Melaka diburukkan lagi oleh ucapan Presiden PAS Hadi Awang mengenai pemimpin bukan Islam hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

“Ucapan itu mendapat liputan meluas dalam akhbar Cina dan saya fikir itulah yang jadi pendorong terakhir bagi pengundi Cina di Melaka,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) kalah teruk pada PRN Melaka 14 Nov apabila gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional menang bergaya dengan majoriti dua pertiga, sama seperti keputusan PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.

Bagaimanapun, DAP berjaya mengekalkan empat kerusi, iaitu Kota Laksamana (majoriti 9,424 undi); Kesidang (majoriti 9,352); Bandar Hilir (majoriti 7,857); dan Ayer Keroh (majoriti 5,604).

Peratusan keluar mengundi keseluruhan di keempat-empat kerusi itu bagaimanapun lebih rendah daripada purata negeri sebanyak 71.77%, dengan kadar tertinggi direkodkan di Ayer Keroh (67.5%), diikuti Kesidang (67.2%), Kota Laksamana (63.3%) dan Bandar Hilir (58.3%).

Kota Laksamana dan Bandar Hilir mempunyai majoriti besar pengundi Cina, manakala Ayer Keroh dan Kesidang merupakan kerusi campuran, dengan pengundi Cina masing-masing merangkumi 46% dan 54.7%.

Amaran kadar keluar mengundi Cina

Wong Chin Huat daripada Universiti Sunway merujuk jumlah besar pengundi di keempat-empat kerusi itu yang tidak keluar mengundi, dengan peratusan keluar mengundi lebih rendah daripada purata.

Wong Chin Huat

Wong Chin Huat.

Memetik data daripada electiondata.my, Wong turut berkata, peratusan keluar mengundi di Kesidang dan Ayer Keroh jauh lebih rendah berbanding pusat mengundi yang mempunyai lebih ramai pengundi Cina.

Di Taman Bukit Melaka dalam kawasan Ayer Keroh, yang pengundi Melayunya kurang daripada 10%, peratusan keluar mengundi di bawah 60%. Sungai Putat, yang pengundi Melayunya melebihi 50%, pula mencatatkan peratusan keluar mengundi hampir 70%.

Corak sama turut dilihat di kawasan Malim Jaya di Kesidang, dengan pengundi Melayu juga membentuk kurang daripada 10%. Peratusan keluar mengundi di situ adalah di bawah 62%, berbanding purata kawasan berkenaan sebanyak 67.2%.

Sebagai perbandingan, di Kampung Padang yang pengundi Melayunya merangkumi kira-kira 70%, peratusan keluar mengundi adalah sekitar 73%.

“Pada dasarnya, keadaan ini kekal sebagai status quo. DAP mengekalkan asas sokongannya, yang mungkin disebabkan khidmatnya ketika PH jadi kerajaan negeri serta penolakan pakatan Umno-PAS, tetapi parti itu hilang banyak undi kerana ramai tidak keluar mengundi,” katanya.

Wong memberi amaran PH dan DAP boleh kehilangan beberapa kerusi jika trend sama dilihat bagi kadar keluar mengundi pengundi Cina pada PRU16.

Penganalisis sebelum ini mendapati pada PRU 2022, peratusan keluar mengundi pengundi Cina adalah yang terendah dalam kalangan semua kaum, tidak seperti paras yang dicatatkan ketika PRU bersejarah pada 2018.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.