ESPNGarcia backs up talk, TKO's Benn in second round to retain WBC titlePunchCharismatic bishops’ president defends endorsement of Tinubu for 2027InquirerBoat operator nabbed for allegedly hiring unlicensed fishers in MindoroThe Jerusalem PostIsrael’s PISA collapse exposes a failing education system threatening its future - opinionCNN TürkKayseri Kültür Yolu Festivali'nde 34 lezzet noktası ziyaret edildiDaily MaverickTHE GATHERING 2026: Zille draws coalition red lines as DA targets Joburg majorityוואלהסוכנות הסחר הימי של בריטניה: הרשויות מפנות צוותים מספינה שהותקפה במצר הורמוזUOLHomem viaja a Apucarana para comprar barco anunciado no Facebook e perde R$ 4 mil em golpe20 MinutenSchwer verletzter Mann (26) entdeckt – was ist passiert?ABC NewsSearch underway for about 130 people after Indonesian passenger ship overturnsCollider7 Mystery Shows Without a Single FlawEuronewsIran claims one killed in US attack on Iranian commercial ship in Hormuz
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Rangka manusia ditemui dalam tong di Empangan Durian Tunggal

Translate

Rangka manusia dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam sebuah tong di kawasan tadahan air Empangan Durian Tunggal Machap Baru di Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata, tong berkenaan ditemui tiga pemancing yang memancing di kawasan itu kira-kira 11.40 pagi, lapor Sinar Harian.

Katanya, pemancing berkenaan menemui tong berkenaan di tebing empangan sebelum memotong bahagian atas untuk memeriksa kandungannya.

Menurutnya, pemancing berkenaan terkejut selepas mendapati terdapat kesan seperti rangka tulang sebelum segera membuat laporan polis.

“Polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat tong berkenaan ke jalan kira-kira 15 meter sebelum ia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Dipercayai rangka berkenaan sudah berada di dalam tong sekurang-kurangnya tiga minggu berdasarkan keadaan tulang dan tisu yang masih melekat,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Katanya, identiti mangsa serta jantina belum dikenal pasti dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai penemuaan itu atau yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan polis bagi membantu siasatan polis.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.