InquirerPangasinan towns revoke class suspensions for Teachers’ DayCNN TürkAvrupa panikte: Dünya ekonomisinin çarkını döndüren dizel alarm veriyorThe Jerusalem PostUS military strike kills four suspected narco-terrorists in Caribbean as campaign toll tops 220Bollywood HungamaJanhvi Kapoor condemns morphed AI video from Devara Part 1 song ‘Chuttumalle’: “Consent, choice and respect for a woman's body should be basic”PunchNew Army formations will strengthen response to insecurity — TinubuESPNBraves steal Game 2 without Sale to even NLDS with DodgersDaily MaverickBOOK EXTRACT: My best friend, ED: Evolution of an eating disorder from childhood into adulthoodESPN DeportesWhittaker domina a Wallace y sobrevive a un cierre caóticoCapital FMGovt activates national response as El Niño rains approach KenyaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioIl Fatto QuotidianoLa forza di un no!, ecco cosa emerge dal report pilota sulle vittime di matrimoni forzatiRTL BoulevardDries Roelvink leeft mee met liefdesverdriet van zoons
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Kerajaan ketat kawalan sayur import elak petani tempatan terjejas

Translate

Kerajaan memperketat kawalan terhadap import sayur-sayuran terutama dari China bagi mengelakkan lambakan produk murah yang menjejaskan pendapatan pengusaha tempatan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata, langkah itu penting susulan persaingan harga apabila sayur import boleh dijual pada harga lebih rendah berbanding produk tempatan.

“Dari segi persaingan harga itu terutama sayur-sayuran, kita membuat Sijil Analisis Makmal (COA) iaitu kawalan yang tinggi terhadap sayur-sayur yang diimport terutama dari China kerana mereka boleh menjual dengan harga begitu murah dan mengganggu pengeluar sayuran tempatan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, langkah itu antara usaha kerajaan memastikan pengusaha tempatan dapat meningkatkan pengeluaran dan bersaing dengan produk import.

Mohamad menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kebergantungan makanan import yang melebihi RM90 bilion pada 2025.

Dalam pada itu, Mohamad berkata isu lambakan turut dibangkitkan susulan kejadian di Cameron Highlands apabila penanam sayur dilaporkan terpaksa memusnahkan tanaman kerana hasil mereka tidak mendapat harga sewajarnya.

Katanya, kerajaan juga perlu memastikan pengeluaran makanan tempatan mempunyai pasaran yang mencukupi bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi sektor pertanian.

Dalam pada itu, Mohamad berkata kerajaan persekutuan sedang mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menyediakan tanah untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.

Menurutnya, kerjasama itu meliputi penyediaan tanah bagi tanaman sayur-sayuran, ternakan dan jagung bijirin.

Beliau berkata, pegawai kementerian akan terus berunding dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan sesuai dimajukan bagi tujuan pengeluaran makanan.

Mohamad berkata, usaha meningkatkan pengeluaran tempatan perlu diperkukuh bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, selain meningkatkan nilai eksport sektor pertanian.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.