PunchMorning recap: FG announces 19 international job vacancies, Jimmy Odukoya sues sister, seven others, other top storiesThe Jerusalem PostOver two-thirds of wounded soldiers returned to combat since start of war, IDF says한겨레주택정책 성적표, ‘세입자 주거비’로 매겨야 [아침햇발]InquirerOmbudsman affirms preventive suspension order vs Dalaguete mayorZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSRF NewsKrieg in der Ukraine – Russischer Frachter nahe Finnland von Drohnen getroffenSözcüFırtınada ağaçlar ve direkler devrildi매일경제싱가포르 접수한 제주흑돼지…엄격관리·품종 고급화 통했다Wirtualna PolskaOszust podszywał się pod księdza. Proboszcz ujawnił, co go zdradziło경향신문조국, 혁신당 ‘당명 개정’ 제안 “당명 속 ‘조국’ 제 이름 아니지만…범민주 좋아할 이름 찾자 ”Daily MailHonorary Cyrus! Elizabeth Hurley joins family photos at Miley's wedding as boyfriend Billy Ray's date along with son Damian… amid engagement rumorsVanguard2027: Who speaks for the North as ACF crisis deepens?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Anak kejar impian di litar, ibu bapa berkorban apa sahaja

Translate

Menjual kereta untuk membeli motosikal latihan, membelanjakan hampir RM100,000 bagi kos perlumbaan dan berulang-alik mencari tajaan antara pengorbanan ibu bapa demi memastikan anak terus mengejar impian dalam sukan permotoran.

Bagi keluarga pelumba, sokongan bukan sekadar hadir di tepi litar, sebaliknya menuntut pengorbanan kewangan, masa dan tenaga yang tidak sedikit.

Anis Shahira Ismail, ibu kepada Qaish Isyraf Mohd Qayyum, yang bakal mewakili Malaysia di Sepanyol bulan ini, berkata suaminya menjual kereta dan barangan lain untuk membeli sebuah motor untuk kegunaan latihan.

Anis, yang bekerja dalam sektor perbankan, berkata dia dan suami pada awalnya berat hati membenarkan Qaish berlumba. Namun, kesungguhan pelumba muda itu membuatkan pasangan itu akhirnya memberikan sokongan.

“Kami berbincang, ‘tak kan hendak bagi anak lumba motor’, sebab kita tahu ia libatkan nyawa tapi kesungguhan yang anak tunjuk buat kami mengalah, malah kami sokong minat dia,” katanya.

Penganjur ZK Racing mengakui pelumba cilik Kejuaraan MotoMini Malaysia 2026 memiliki kemahiran tahap profesional.

Qaish antara empat pelumba muda yang menempah tiket ke Kejuaraan Dunia MotoMini kategori 160cc di Valencia, Sepanyol, pada 26 November, bersama Qasha Irfan Azlan dan Malek Ridha dalam kategori 190cc, serta Al-Adam Mikail dalam kategori 160cc.

Anis berkata laluan Qaish ke Valencia bukan mudah. Selepas terjatuh ketika sesi kelayakan dan bermula di kedudukan ke-10, remaja berusia 13 tahun itu bangkit dalam perlumbaan seterusnya untuk menghidupkan peluang beraksi di litar antarabangsa.

“Mula-mula ingat gagal ke Valencia. Perlumbaan pertama dia di petak terakhir. Perlumbaan kedua dia berjaya naik podium nombor tiga dan perlumbaan empat dan lima, dia berjaya tempah tiket ke sana. Ramai orang yang berkerja keras di belakang tabir,” katanya.

Seorang lagi ibu, Norfazilah Mohd Sahir, berkata kos latihan dan perlumbaan anaknya yang baru menyertai MotoMini hampir mencecah RM100,000.

Uwais Abdulmuiz, 9, kadangkala menjalani latihan sehingga 4 atau 5 pagi sebelum ke sekolah pada hari berikutnya, kata bekas wartawan penyiaran ini.

“Alhamdulillah pelajarannya tetap bagus, dalam kelas dia dalam lingkungan tempat pertama hingga ketiga, cuma kadang-kadang nampak dia penat, menangis tapi dia tetap mahu teruskan,” katanya.

Norfazilah percaya sukan permotoran membantu membentuk jati diri dan keyakinan anaknya.

Wan Mohd Khaidzir Wan Mohd, bapa kepada pelumba muda Aryan Mikhail, 12, berkata bakat dan semangat sahaja tidak mencukupi untuk anaknya kekal dalam sukan permotoran.

“Saya ke hulu, ke hilir cari tajaan, rasa rugi hendak berhenti sebab anak saya mula main motor sejak umur 8 tahun. Jadi kami teruskan.

“Tajaan paling besar anak saya dapat sebuah motosikal untuk kegunaan berlatih daripada tauke keropok lekor Bayu di Penarik bernilai RM50,000.”

Khaidzir berkata keluarganya antara yang bertuah kerana menerima bantuan kerajaan Terengganu, termasuk pembayaran yuran penyertaan pertandingan dan akses percuma tanpa had ke litar negeri untuk latihan.

“Saya rasa kerajaan Terengganu saja yang buat macam ini, negeri-negeri lain mungkin tak ada. Mereka sokong supaya sentiasa ada pelapis baharu,” katanya.

Meskipun Aryan terlepas peluang ke Valencia, Khaidzir percaya perjalanan anaknya masih panjang.

Aryan Mikhail terlepas peluang ke Valencia selepas menduduki tempat ketiga Kejuaraan MotoMini Malaysia 2026.

Pengasas ZK Racing, yang juga bekas pelumba motosikal negara, Zulfahmi Khairuddin melihat ibu bapa pelumba sebagai pejuang sebenar yang berkorban demi kejayaan anak.

“Tanpa mereka anak-anak tidak akan mampu beraksi di litar perlumbaan ini. Saya puji dan tabik mereka semua,” katanya.

Zulfahmi yang sudah tujuh kali mengendalikan Kejuaraan MotoMini Malaysia berbangga apabila saban tahun hampir semua peserta yang menyertai perlumbaan itu layak, berkualiti dan memiliki kemahiran tahap profesional.

“Sukan permotoran ini perlu diangkat, diambil berat sama seperti sukan-sukan lain sebab kita sudah buktikan pelumba-pelumba Malaysia berupaya menang litar antarabangsa seperti Hakim Danish serta Qabil Irfan,” katanya.

Beliau menambah hala tuju yang jelas daripada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan penting untuk memastikan pembangunan sukan permotoran berterusan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.