Daily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: The Whisper Man: An adequate Netflix thriller boosted by Robert De Niro performanceוואלהגבר בן 34 נפצע קשה באירוע אלימות בטירהThe Jerusalem PostAssad-era Syrian official convicted of torture, jailed for 60 years by US courtPunchFG suspends Niger NSCDC commandant over miners’ deathsESPN DeportesBills festejan primera victoria en el nuevo Highmark StadiumESPNLSU upgrades QB Leavitt to questionable for showdown with Ole Miss한겨레“공모전 심사위원되면 오천씩 받으니”…‘그들만의 리그’ 된 공공건축 공모InquirerSEA Games probe: NBI weighs in on filing complaints to DOJ or OmbudsmanBollywood HungamaNetflix unveils first look of Freida Pinto and Siddharth starrer Unaccustomed Earth, to release on December 17Sözcüİstanbulluların beklediği vapur hattı tekrar açılıyor: Yeni geçiş ücretleri belli olduCNN TürkTASFİYE EDİLEN FONLAR | Fon tasfiyesi nedir, ne demek? Tasfiye edilen fonlar hangileri?النهاريوسف رجّي إلى نيويورك للمشاركة في أعمال الدورة الـ81 للجمعية العامة للأمم المتحدة
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 18, 2026

Representasi ditolak, Zamri Vinoth akan dibicara April depan

Translate

Pendakwah bebas Zamri Vinoth akan dibicarakan pada April tahun depan berhubung hantaran Facebook mengenai perhimpunan ‘kuil haram’, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasinya menyemak semula pertuduhan itu.

Dalam pengurusan kes, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Poad memaklumkan Mahkamah Majistret bahawa representasi Zamri ditolak.

Mahkamah tidak dimaklumkan mengenai butiran lanjut mengenai representasi tersebut.

Nur Farhana memberitahu Majistret Faezahnoor Hassan, bahawa pihak pendakwaan akan memanggil sehingga tujuh saksi untuk memberi keterangan terhadap pendakwah berusia 41 tahun itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 hingga 22 April 2027 untuk perbicaraan dan melanjutkan jaminan Zamri.

Pada sidang media, Zamri berkata, beliau melihat keputusan terbabit secara positif dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menjelaskan kesnya serta Gerakan Anti-Rumah Ibadat Haram (Garah), yang dikoordinasikannya.

“Kami akan berpegang teguh pada kedaulatan undang-undang dan berharap keadilan ditegakkan,” katanya.

Pada 17 Mac lalu, Zamri dituduh membuat hantaran Facebook pada 3 Feb, berkaitan perhimpunan melibatkan ‘kuil haram’.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, merangkumi kenyataan yang dibuat dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau keduanya sekali.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.