CNN TürkFon yasası teklifi bugün Genel Kurul'daThe Jerusalem PostTrump warns US will 'burn' like France if Democrats win at rally in KansasESPN DeportesSub-17: Estados Unidos impone marca con goleadaInquirerLaguna de Bay water level drops to 12.20 meters amid El NiñoPunchChampions League: Bayern face Arsenal test without Olise한겨레모로코, 첫 여성 총리 취임했지만…전 법무장관 “여성이 나라 일 맡으면 안돼”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSky TG24Elon Musk: “Prossimo anno regalerò un'azione SpaceX a ogni ragazzino"Daily MailMoment 'murderer' overtakes car 'before hitting headteacher and dragging him under car for 1.3miles' is shown to courtBBC BusinessJob vacancies fall as small firms cut back on recruitmentynetהערבים שותפים רק כשזקוקים לקולות שלהםسكاي نيوز عربية3000 شركة متضررة من احتجاجات فرنسا
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 20, 2026

AGC bantah permohonan aktivis tuntut kerajaan kekalkan 50% litupan hutan

Translate

Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan enam aktivis muda untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi menuntut kerajaan mengekalkan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan negara.

Menerusi tindakan itu, mereka mahu mahkamah mengarahkan menteri sumber asli dan kelestarian alam serta kerajaan menghentikan penyahhutanan pesat dan mengekalkan litupan hutan berkenaan.

Peguam mereka, Lim Wei Jiet memberitahu pemberita hari ini AGC membantah permohonan itu atas alasan perhutanan merupakan soal dasar awam yang berada di luar bidang kuasa mahkamah.

Katanya, AGC turut berhujah aktivis terbabit tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang untuk membawa kes itu.

“Kami berhujah pemohon mempunyai kepentingan yang nyata dalam isu perhutanan berdasarkan latar belakang mereka berkaitan perubahan iklim.

“Mereka membawa kes ini demi kepentingan awam kerana mahu melindungi hutan untuk generasi akan datang,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Azizan Md Arshad menetapkan 9 Dis untuk memutuskan sama ada aktivis itu diberi kebenaran memulakan semakan kehakiman.

Permohonan itu difailkan pada 28 Feb oleh Lim Hoi Sean, Sitti Fatimah Abd Samat, Winona Elisha Jemak Raymond, Lee Yu Dong, Adom Teh dan Amira Aliya Aziz.

Mereka memohon perintah mandamus bagi mengarahkan kerajaan mengambil semua langkah perlu, termasuk melalui Majlis Tanah Negara, untuk mencapai dan mengekalkan litupan hutan pada paras 50%, serta mengemukakan laporan perkembangan setiap 90 hari.

Mereka turut memohon pengisytiharan mahkamah bahawa hak mereka untuk hidup dan hak kesamarataan di bawah Perkara 5(1) serta Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar.

Menurut pemohon, kegagalan kerajaan bertindak melanggar beberapa prinsip, termasuk doktrin jangkaan sah, berdasarkan janji sejak beberapa dekad lalu untuk mengekalkan 50% litupan hutan.

Mereka turut mendakwa kerajaan melanggar doktrin amanah awam, yang menghendaki sumber asli dilindungi untuk kepentingan orang ramai dan generasi akan datang, bukannya diserahkan demi kepentingan swasta.

Lim dibantu peguam Nevyn Vinosh Venudran dan Tharshana Sivananthan.

Peguam Persekutuan Safiyyah Omar mewakili kerajaan, manakala Kuhan Manokaran, Abang Iwawan Abang Narawi dan Kelvin Pillay hadir sebagai peguam pemerhati, masing-masing bagi Badan Peguam Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Tabung Alam Sedunia (WWF).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.