ESPNDaniel Dubois vs. Fabio Wardley: Fight results as Dubois stops Wardley in Round 2ESPN DeportesCruz Azul busca salir de su mala racha ante el sotanero FC JuárezThe Jerusalem PostThe forgotten German who saved Jews in Japan - and the diary that resurfaced 80 years laterInquirerSuper Typhoon Champi to enter PAR on Oct. 20; to be named RosalZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLO bordel de Vorcaroسكاي نيوز عربيةكارني: "حادث خطير" وراء حريق ضخم بقاعدة عسكرية في ألبرتا매일경제중국 여성들 “AI 기업 대박낼 남편감 찾아요”…美 실리콘밸리 몰린다는데中国新闻网批量“AI小海”卖惨博同情带货 哪些“姨姨妈妈”容易被收割?DW EnglishCanada: Major fire reported at military base in AlbertaInfobaeDefinición “de caño” tras una doble pared y corrida desde la mitad de cancha: los dos goles de Messi en el triunfo del Inter MiamiNew Straits TimesBursa Malaysia expected to maintain cautious bias next week on external uncertainties
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 18, 2026

Pakatan dengan Bersatu peluang PH tangguh PRN lepas PRU16, kata penganalisis

Translate

Pakatan kerajaan Selangor dan Bersatu membolehkan pentadbiran diterajui Pakatan Harapan (PH) berkhidmat sehingga tamat penggal, justeru PRN boleh diadakan selepas PRU16, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Mengambil kira keretakan hubungan PH dan Barisan Nasional (BN), Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya, berkata perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) bersama Bersatu juga memberi ruang pentadbiran Selangor terus berfungsi biarpun Parlimen dibubarkan.

“CSA itu memberi ruang kepada kerajaan Selangor mengekalkan kestabilan politik sehingga penggal DUN tamat secara automatik pada September 2028,” katanya kepada FMT.

Awang Azman berkata, menangguhkan PRN Selangor menguntungkan PH apabila pengundi menilai prestasi kerajaan negeri secara berasingan daripada sentimen politik nasional, terutama jika Umno dan PAS membentuk pakatan pilihan raya.

“Isu nasional mampu mendominasi pertimbangan pengundi,” katanya. “Dalam pada itu, mengadakan PRN serentak dengan PRU16 membolehkan jentera pilihan raya disatukan.”

Namun, beliau berkata persoalan lebih besar adalah sama ada PH mampu mengekalkan keyakinan pengundi terhadap keupayaannya memerintah, khususnya terkait isu kos sara hidup.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, berkata lebih baik PH mengadakan PRN Selangor serentak dengan PRU16, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada awal 2028, memandangkan risiko politik jika menangguhkan PRN.

Fauzi berkata, PRN berasingan melibatkan kos tambahan, bertentangan naratif tadbir urus cekap dibawakan PH.

Beliau juga percaya PH akan mengekalkan penguasaan di Selangor walaupun Umno dan PAS berjaya menjana gelombang sokongan kuat di bawah naratif penyatuan Melayu pada PRU16.

“Berdasarkan kekuatannya di kawasan bandar dan rekod perkhidmatan ekonominya yang mengagumkan sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, peluang menyebelahi PH untuk kekal berkuasa di negeri itu.”

“PH mesti mengelak memberi tanggapan gabungan itu terlalu banyak bermain politik (menangguhkan PRN) ketika negara berdepan turun naik ekonomi yang tidak menentu.

“Mengadakan PRN serentak PRU16 juga akan menunjukkan keyakinan PH, sesuatu yang amat penting memandangkan gabungan itu terus berdepan cabaran di kawasan nusa teras Melayu di Semenanjung,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata Adun Bersatu hampir memeterai pakatan bersama kerajaan Selangor menjelang pembentangan belanjawan negeri.

Tawaran dicadangkan itu timbul di tengah-tengah ketegangan kian meningkat antara PH dan BN di Selangor, serta tekanan dalam Perikatan Nasional (PN), di mana PAS muncul sebagai rakan kongsi dominan.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi terdiri 32 Adun PH, diikuti oleh Bersatu (11), PAS (10), BN (dua), dan seorang bebas.

Fauzi berkata, tidak semua Adun Bersatu bersetuju dengan kepimpinan semasa parti itu apabila Nurul Syazwani Noh (Permatang) dianggap sebagai sekutu Presiden Wawasan Hamzah Zainudin, menentang idea berkenaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.