ESPN DeportesIsaac del Toro, sexto lugar en contrarreloj del Mundial de CiclismoESPNFollow live: Chiefs, Colts going down to the wire in Sunday night battleSözcüTartıştığı kişiyi silahla yaraladı, taksiyle kaçarken yakalandıThe Sydney Morning HeraldASX slides lower as oil, bonds weigh on Wall StreetObservador DesportoAs notícias das 4h中国新闻网金观平:坚持“四个注重”做强先进制造业SportstarAsian Games Live Updates: India wins silver medal in men's 10m air rifle team event, women's table tennis team beats Pakistan, Srihari qualifies for 50m backstroke final — Scores and newsDaily MailICE agent shoots DoorDash driver in Texas as outraged Democrats demand probe and protests eruptTagesschauSelenskyj kündigt Treffen mit Trump diese Woche in New York anWirtualna PolskaDziało się w nocy. Porażka partii Merza, Zełenski spotka się z TrumpemNU.nlPijnlijk verlies voor Merz: CDU haalt kiesdrempel niet in deelstaatverkiezingHet Laatste NieuwsZoon van Cindy Crawford op 27-jarige leeftijd overleden
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

Wakil DAP persoal kelewatan inkues 3 lelaki ditembak mati di Durian Tunggal

Translate

Seorang Ahli Parlimen DAP mempersoalkan kelewatan memulakan inkues berhubung kejadian tembak yang mengorbankan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, November lalu.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata polis pada 10 Ogos memaklumkan mereka akan memfailkan permohonan untuk inkues, dua minggu selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dibuat.

“Sudah dua bulan sejak keputusan mengadakan inkues dibuat. Bila inkues hendak bermula?,” katanya dalam kenyataan

Lim menggesa polis memastikan anggota yang terbabit dalam kejadian tembak itu kekal berada di Malaysia sepanjang prosiding, sambil melahirkan kebimbangan mereka mungkin melarikan diri dari negara ini bagi mengelak hadir pada inkues.

Beliau memetik kes terbaru rompakan berkumpulan bersenjata di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, yang menyaksikan enam warga asing didakwa tanpa kehadiran mereka selepas dipercayai melarikan diri dari negara ini.

“Suspek kini perlu diburu dengan bantuan Interpol. Dalam kes Durian Tunggal, jangan tunggu orang keluar negara dahulu baru polis sibuk mencari.

“Saya mendesak polis dan Jabatan Peguam Negara menggunakan semua langkah yang dibenarkan undang-undang, termasuk memohon perintah penyerahan pasport atau sekatan perjalanan jika terdapat asas undang-undang untuk berbuat demikian.

“Ini bukan soal menghukum mereka sebelum dibicarakan. Ini soal memastikan mereka hadir apabila diperlukan oleh mahkamah.”

M Puspanathan, 21, T Poovaneswaran, 24, dan G Logeswaran, 29, ditembak mati pada 24 Nov selepas salah seorang daripada mereka didakwa menyerang seorang anggota polis dengan parang.

Siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Bagaimanapun, pada Disember, AGC mengarahkan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Walaupun kertas siasatan dikemukakan semula kepada AGC sebanyak empat kali, polis menerima arahan lanjut setiap kali kertas siasatan diserahkan.

Pada 20 Julai, AGC mengarahkan inkues diadakan bagi menentukan punca dan keadaan yang membawa kepada kematian mereka, termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.