Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut, 11 cedera

Seorang maut, manakala 11 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu pada awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi mengesahkan mangsa maut ialah seorang warga Pakistan yang menetap di negara itu, manakala individu cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Ia turut memaklumkan serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda yang masih dinilai.
Terdahulu, pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan Terminal 4 lapangan terbang itu terkena projektil tidak dikenal pasti pada petang Ahad yang mencetuskan kebakaran.
Insiden itu berlaku sehari selepas satu lagi serangan di lapangan terbang sama yang mengorbankan 12 mangsa dan lebih 300 orang cedera.
Pakatan diketuai Arab Saudi menyalahkan kumpulan Houthi di Yaman atas serangan itu dan berikrar mengambil tindakan tegas, sambil menyifatkannya pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.