The Jerusalem PostPainting Nazis stole from French Jew during WWII to be returned to owner's family, Paris court saysPunchLady battling recurring keloids seeks N7m for surgery, treatmentInquirerLegarda seeks inquiry on dumping of pet remains한겨레8일 흐리거나 비, 최저 영하 1도…강원 산지엔 1㎝ 안팎 눈Complete SportsI Knew Nothing About Ronaldo’s Retirement — Portugal Coach JesusZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFLenta.ruСредства ПВО отразили ночную атаку украинских БПЛАNew Straits TimesIndia's Shami keeps white-ball focus after ending test careerХабрРежим полета стал ритуалом. Только защищает он вовсе не самолетSözcüTürk şirketine kapıyı kapatmıştı... Ugandalı general geri vites yaptı!경향신문‘직원 성추행’ 현직 관악구의원, 불구속 송치Het Laatste NieuwsSabena 25 jaar failliet, economische schok die België diep beroerde
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Pertikai titah tahanan rumah Najib bermakna ingkari perintah Agong

Translate

Istana Negara menegaskan sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah menjurus perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

“Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata, dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau,” menurut kenyataan Istana Negara.

Kenyataan itu memaklumkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya meneliti petisyen Najib pada 18 Sept lalu, sebelum memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Mesyuarat lembaga itu turut dihadiri menteri wilayah persekutuan dan peguam negara, sebelum Seri Paduka Baginda memperkenankan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

“Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Istana Negara berkata, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan mengenai pelaksanaannya.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Umno umum telah melunaskan denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas presidennya itu selepas mengumpulkan dana menerusi kempen sumbangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan perintah pelepasan selepas bayaran direkodkan, namun Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan pelaksanaan tahanan rumah wajar ditangguhkan sementara, bagi meneliti persoalan perundangan berkaitan perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022 mengekalkan sabitan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu turut disabitkan hukuman penjara 15 tahun, serta denda RM11.387 bilion dalam kes 1MDB.

Hukuman 15 tahun Najib dijadual bermula pada 2028, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.