PunchArmy arrests fake soldier accused of defrauding Gombe, Bauchi womenInquirerWater shortage grips Northern Samar capital as El Niño strengthensESPNWil Lutz drills walk-off field goal to defeat Seahawks in OTESPN DeportesDefensiva de Broncos llevan al equipo al triunfo en casaDaily MaverickUkraine hits Russian refinery as Zelensky says ‘we’re done’ with Trump’s energy truceThe Jerusalem PostMajority of Israelis back Haredi draft law, October 7 inquiry, IDI survey findsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGIGAZINENVIDIAが画像・動画・文章をまとめて理解するオープンウェイトAI「Nemotron 3.5 Super VL」を公開、処理コストを40分の1に削減する事例もNHK 社会東海道新幹線 地震防災システム作動で一時運転見合わせも再開New Straits TimesPH assemblymen slam Negri Sembilan government over assembly sitting postponementRapplerIsraeli firm used online ads to run vast spy operation, researchers sayCollider8 Sci-Fi Shows in Space That Are 10/10 Masterpieces
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Bagaimana pelarian tak bekerja bayar insurans, kerajaan disoal

Translate

Sebuah NGO yang memperjuangkan hak migran dan pelarian mengkritik cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya caruman insurans kesihatan diwajibkan ke atas pelarian dan pemohon suaka, dengan menyifatkannya sebagai tidak realistik dan tidak saksama.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das, berkata pelarian tidak dibenarkan bekerja secara sah di Malaysia, menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada pendapatan tidak tetap dan ramai yang tidak mampu memenuhi keperluan asas sekalipun.

Das mengakui kewujudan skim Insurans Perubatan Pelarian (Remedi), yang menyediakan perlindungan pada kadar kira-kira RM183.60 setahun, tetapi menegaskan bahawa jumlah itu juga terlalu tinggi bagi pelarian.

“Bagaimanakah kita boleh mewajibkan insurans kepada golongan yang tidak dibenarkan secara sah untuk mencari nafkah? Kita tidak boleh menafikan hak asas pelarian sambil mengharapkan mereka memenuhi kewajipan kewangan,” katanya kepada FMT.

Das berkata kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menilai mekanisme sedia ada seperti Remedi, mengenal pasti kekurangan dari segi kemampuan membayar dan perlindungan, serta meneroka cara untuk memperkukuh skim sedemikian.

Beliau berkata penyelesaian yang lebih mampan adalah dengan terlebih dahulu memberikan pelarian hak untuk bekerja secara sah di Malaysia, sekali gus membolehkan mereka membiayai penjagaan kesihatan sendiri sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“Kita juga mesti mengakui bahawa penjagaan kesihatan pencegahan dan rawatan awal jauh lebih murah berbanding rawatan kecemasan apabila orang ramai menangguhkan usaha mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mampu membayarnya,” katanya.

Minggu lalu, KKM mencadangkan supaya caruman insurans kesihatan diwajibkan ke atas pelarian dan pemohon suaka berdaftar bagi membantu menampung kos rawatan mereka serta mengelakkan tunggakan bil perubatan daripada terus meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib, berkata kewajipan itu sepatutnya terpakai kepada pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar di bawah sistem pendaftaran pelarian kerajaan, yang turut dikenali sebagai DPP.

Hanifah berkata lebih 80% daripada tunggakan bil perubatan melibatkan migran tanpa dokumen dan individu tanpa kerakyatan.

Premium mesti sediakan perlindungan sebenar

Sementara itu, sebuah badan pemikir kesihatan berkata KKM mesti memastikan cadangannya itu benar-benar memberikan perlindungan perubatan kepada komuniti berkenaan, dengan mengambil kira isu berulang berkaitan insurans untuk pekerja migran di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen, Azrul Khalib, berkata pekerja migran sudah diwajibkan memiliki insurans perubatan untuk bekerja di Malaysia, namun isu bil perubatan yang belum dijelaskan terus berlarutan dalam kalangan mereka.

“Ke manakah wang yang dibayar untuk insurans mereka disalurkan? Adakah dana ini digunakan untuk menyediakan perlindungan kesihatan yang telah dibayar?

“Masalahnya ialah memastikan wang daripada premium yang dibayar benar-benar digunakan untuk menjelaskan bil perubatan,” katanya.

Azrul berkata cadangan itu sendiri bukan sesuatu yang tidak realistik, memandangkan skim Remedi sedia ada yang terbuka kepada semua pelarian berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga usia 60 tahun. Skim itu disokong oleh Allianz.

Beliau berkata KKM sepatutnya melibatkan pengendali insurans dan takaful yang mantap untuk menguruskan cadangan itu kerana langkah tersebut merupakan cara terbaik untuk menguruskan caruman, sambil memberikan pelarian dan pemohon suaka akses kepada sistem penjagaan kesihatan swasta.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.