CNN TürkHava Durumu (26-11-2026)PunchEPL: Man City risk forced sale over financial breaches – RegulatorBollywood HungamaShah Rukh Khan sends defamation notice to content creator over viral Anant Ambani video; gives 48-hour deadlineInquirerLPA to bring rain to Palawan; 3 weather systems to affect PHDaily MaverickProsecco’s ‘heroic’ vines offer a test case in climate resiliencePremium TimesNiger governor receives report on deaths of 37 miners in NSCDC custodyRMF24Kolejny ksiądz z diecezji sosnowieckiej z zarzutami na tle seksualnymSRF NewsProduziert im Herkunftsland – Kriegt die Schweizer Schokolade Konkurrenz aus Afrika?VarietyMario Van Peebles, Abderrahmane Sissako Set for Ivory Coast’s SICA as African Content Economy Takes Center StageESPNSteelers cut Aaron Rodgers after QB rips Mike McCarthy in scorched-earth interviewn-tvGemeinsamer Appell: Trump und Rutte: Moskau soll Ukraine-Krieg nicht ausweitenالنهاررامز جلال يفاجئ مورينيو بطلب تدريب الأهلي بعد رحيل عموتة
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Tembakau kunyah, cerut seludup RM3.9 juta dirampas

Translate

Jabatan Kastam merampas tembakau kunyah dan cerut seludup bernilai hampir RM4 juta dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud, berkata berdasarkan maklumat awam, kontena dipercayai diimport dari sebuah negara Asia Tenggara itu ditahan pada 23 Okt lalu.

“Pemeriksaan mendapati kontena berkenaan mengandungi produk tembakau kunyah dan cerut yang disyaki tidak berkastam,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di ibu negara.

Beliau berkata, semua barangan itu diisytiharkan sebagai makanan dalam dokumen pengimportan bagi mengelakkan duti import dan cukai serta keperluan mendapatkan permit import.

Jelasnya, barang rampasan seberat 5,925kg itu dianggarkan bernilai RM358,200 dan membabitkan duti serta cukai RM3.59 juta, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM3,955,525.

Jelasnya, seorang wakil syarikat pengimport dipanggil membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Orang rami yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.