PunchNo court ordered arrest of Araraume, Okorocha — GroupESPN DeportesChivas rescata el empate en el Clásico Tapatío ante AtlasCNN TürkSON DAKİKA | İstanbul'da hissedilen bir deprem oldu: AFAD'dan açıklamaThe Jerusalem Post'We will honor all our martyrs': Hundreds march through Toronto to mark three years since October 7한겨레‘수능 모의고사 문항 거래’ 징계 교사 176명…해임 등 중징계는 19명InquirerVillanueva: ‘Mafia, forces of darkness’ linked me to flood control messDaily MaverickTHE CONVERSATION: How pond algae led to a Nobel and new ways to study the brainSky TG24Svezia “on the road”, sulla costa del Bohuslän tra safari all’astice e festival della luceZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFESPNTakeaways: Guardians complete stunning comeback vs. White SoxMalay MailJPJ suspends Chery Omoda 5 approval, new registrations after rear axle incident in Johor Bahru7sur7“Une petite fille de 10 mois fait partie des victimes”: un tireur fait huit morts avant de se suicider
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

Integriti pegawai kunci bendung penipuan kargo, kata bekas TPR

Translate

Integriti dan penguatkuasaan berkesan menjadi kunci membendung penipuan kargo kerana undang-undang semata-mata tidak menjamin barangan dilepaskan mengikut prosedur, kata seorang bekas timbalan pendakwa raya.

Devanandan S Subramaniam berkata kelemahan dalam prosedur pelepasan kastam boleh menyebabkan kargo dilepaskan walaupun dokumen penting berkaitan pemilikan barangan tidak lengkap atau tidak tersedia.

Beliau berkata dokumen seperti borang K1, manifes dan bil muatan perlu disemak sebelum kargo dibenarkan keluar.

Bagaimanapun, beliau mengakui tidak pasti bagaimana prosedur itu dilaksanakan ketika ini dengan penggunaan dokumen elektronik.

“Integriti memainkan peranan. Kita boleh mempunyai semua undang-undang yang diperlukan, tetapi jika pegawai tidak mempunyai integriti, perkara seperti ini masih boleh berlaku,” katanya.

Devanandan, yang pernah mengendalikan kes jenayah komersial di Jabatan Peguam Negara, berkata demikian pada forum Strengthening Malaysia’s Downstream Petroleum Value Chain and Identifying Gaps and Enabling Factors Within Malaysia’s Regulatory Landscape, anjuran Maritime Network Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Berkongsi pengalaman mengendalikan kes penipuan kargo lebih 20 tahun lalu, beliau berkata antara cabaran utama pendakwaan ialah membuktikan bukan sahaja dokumen dipalsukan, tetapi tertuduh juga mengetahui dokumen itu palsu.

Beliau memberi contoh kes membabitkan kargo bernilai kira-kira USD2 juta yang sepatutnya dihantar ke Chittagong, Bangladesh, tetapi sebaliknya dipunggah di Pelabuhan Klang.

Menurutnya, kargo itu berasal dari Belawan, Sumatera namun pihak penyewa kapal kemudian mengarahkan nakhoda mengubah haluan ke Pelabuhan Klang, sedangkan pihak pengirim masih memegang bil muatan asal sebagai bukti hak milik barangan.

Menurutnya, kargo itu tetap dipunggah selepas ejen pelepasan memperoleh kelulusan diperlukan. Siasatan kemudian menemukan dokumen palsu, termasuk borang kastam K1.

Pengarah urusan syarikat terbabit didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, manakala syarikat itu berdepan pertuduhan menerima harta curi.

Bagaimanapun, kes berkenaan digugurkan kerana pendakwaan gagal membuktikan pengarah urusan itu mengetahui atau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai dokumen berkenaan palsu.

Devanandan berkata kes itu menunjukkan bahawa penemuan dokumen palsu sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan tertuduh jika pengetahuan mengenai pemalsuan tidak dapat dibuktikan.

Beliau menegaskan pegawai kastam bertanggungjawab memastikan semua dokumen disahkan sebelum kargo dibenarkan meninggalkan pelabuhan atau kawasan di bawah kawalan kastam.

“Selagi mereka memastikan semuanya teratur, perkara seperti ini tidak akan berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa penggunaan dokumen elektronik mungkin mengubah proses pemeriksaan, tetapi keberkesanannya tetap bergantung pada integriti pegawai.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.