PunchVIDEO: Putin’s nuclear briefcase caught on camera in ChinaThe Jerusalem PostKahana must bring unity to Knesset through careful, patient action, not charging ahead - editorialInquirer Entertainment‘PBB’ housemate Calix Esguerra enjoys support of fellow pageant kingsInquirerCHR probes alleged rights violations in mass arrest of Asean protesters한겨레부전∼마산 복선전철 터널 붕괴 원인은 “허용치 20배 넘는 주입 압력”ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioComplete SportsFIFA Unveils NFF Normalisation CommitteeHet Laatste Nieuws“Het wachten meer dan waard”: ook BV’s vieren de release van langverwachte game ‘GTA VI’RapplerAs Meta bets big on Muse AI agent, early safety mishaps surfaceThe Sydney Morning HeraldAustralian cricket’s reputation on the brink of being reduced to ashesNDTVStock Market Today: Green Energy Stock In Focus After Rs 12.98 Crore Windfall. Should You Buy?TagesschauLiveblog zum APEC-Gipfel: ++ Trump und Putin beenden ihr Gespräch ++
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 19, 2026

Kerajaan digesa siasat dakwaan doktor rawat pesakit guna lampu suluh telefon

Translate

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan seorang doktor di Sabah menjahit luka pesakit menggunakan lampu suluh telefon bimbit susulan gangguan bekalan elektrik di hospital.

Presidennya, Dr L Sivanaesan, berkata jika benar, keadaan itu tidak boleh diterima selain menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan pesakit dan kebolehpercayaan prasarana penting hospital.

“Laporan mengenai kerosakan berulang sistem penyaman udara, gangguan bekalan elektrik dan air serta kegagalan sistem bekalan kuasa sokongan amat membimbangkan.

“Ini bukan masalah penyelenggaraan kecil. Ia boleh menjejaskan keselamatan pesakit, kawalan jangkitan dan penyampaian rawatan perubatan tepat pada masanya.

“Tiada pesakit sepatutnya menjalani pembedahan dalam keadaan sedemikian dan tiada doktor sepatutnya terpaksa berkompromi dalam penjagaan pesakit akibat kegagalan sistem penting hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivanaesan menggesa kementerian menjalankan audit segera di seluruh negara terhadap semua prasarana penting hospital, khususnya di dewan bedah, unit rawatan rapi dan bilik bersalin.

Beliau berkata hospital yang berdepan masalah kerosakan prasarana perlu diberi keutamaan untuk tindakan pembaikan segera.

“Keselamatan pesakit tidak boleh bergantung pada kebijaksanaan doktor mencari jalan mengatasi kegagalan prasarana. Petugas kesihatan mesti dilengkapi kemudahan yang selamat dan boleh dipercayai untuk memberikan tahap penjagaan yang sewajarnya diterima setiap rakyat Malaysia.”

Pada Selasa, Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan mendakwa gangguan bekalan elektrik di sebuah hospital di Sabah memaksa seorang doktor menjahit luka pesakit menggunakan cahaya lampu suluh telefon bimbit.

Ahli Parlimen PKR itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejadian itu hanya satu daripada beberapa kes kerosakan berulang prasarana di hospital berkenaan, termasuk sistem penyaman udara di dewan bedahnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.