The Jerusalem PostTrump says Iran probably responsible for attack on Saudi pipelineESPNExperts' picks: Who will win this clash of big hitters?CNN TürkBakan Gürlek duyurdu! Turizmde huzur operasyonları: 106 şüpheli tutuklandıESPN Deportes¿Cuándo debuta Rebeca Bernal con Man United?PunchImo LG polls to hold September 26InquirerRidon to Sara Duterte: Attend Monday’s Senate impeachment trialDaily MaverickThe invisible border — how 9/11 reshaped global security and identity 25 years laterוואלהרוכב אופנוע כבן 30 נפצע באורח בינוני בתאונה עצמית בכביש 899Bollywood HungamaBREAKING: Daayra marks Kareena Kapoor Khan’s TENTH film to receive ‘A’ rating from CBFC; Kunal Kemmu’s Vibe also gets adult certificateNotJustOkAla Bekee Lyrics by Yemi Alade & Don Jazzy
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Polis buru 2 lelaki langgar kereta peronda

Translate

Polis sedang mengesan dua lelaki yang meloloskan diri dengan sebuah kereta selepas cuba diperiksa anggota Unit Kereta Peronda (MPV) di Jalan Semenyih berhampiran lampu isyarat Kajang Prima, petang semalam.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang ketika anggota MPV Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kajang menjalankan rondaan di kawasan itu.

Beliau berkata anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan dokumen pengenalan diri daripada dua lelaki yang menaiki sebuah Proton Wira berwarna hijau.

“Kedua-dua individu berkenaan, iaitu pemandu dan penumpang kereta tersebut, kemudian bertindak melarikan diri dengan kenderaan berkenaan menuju ke arah Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata ketika melarikan diri, kereta dipandu suspek melanggar sebuah Perodua Ativa sebelum merempuh MPV polis.

Akibat kejadian itu, kenderaan MPV polis mengalami kerosakan pada bahagian pintu hadapan sebelah kanan, bagaimanapun tiada orang awam atau anggota polis yang cedera,” katanya.

Beliau berkata usaha mengenal pasti dan mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan, termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka, selain keterangan saksi.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Azlan Zulkiflee di talian 017-316 1138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.