InquirerManila court issues arrest warrant vs Atong Ang – DOJThe Jerusalem PostJensen Huang disclosed additional affairs to Nvidia board before reinstatement as CEO - reportPunchBacking Obi in 2023 was a mistake – AbureCNN TürkBeşiktaş’ta Hyeon-gyu Oh için resmi teklif bekleniyorBollywood HungamaIFFI 2026: Ayan Mukerji BREAKS silence on Brahmastra’s mixed reception: “If there were things audiences didn’t like, probably they were things we needed to improve in the storytelling”Aitnewsإعلان عالمي في شنغهاي يدعو إلى توحيد معايير الجيل السادس ودمج الاتصالات بالذكاء الاصطناعيZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe South AfricaneThekwini council sitting goes ahead despite KZN Cogta directiveBillboardBilly Ray Cyrus on Miley’s Wedding: ‘I’m the Proudest Dad Alive’The Sydney Morning HeraldAustralian bowling ‘cartel’ gets back down to business in fiery SCG net sessionWirtualna PolskaDwa bloki w wyborach? Wiadomo, kto by wygrałسكاي نيوز عربيةأبوظبي.. مدينة الاستثمار وجودة الحياة
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Dadah RM229 juta disita, rangkaian Indonesia-Malaysia tumpas

Translate

Satu sindiket penyeludupan dadah membabitkan rangkaian Indonesia-Malaysia lumpuh, dengan lima lelaki ditahan dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai Rp1.01 trilion (RM229 juta) dirampas di Sumatera.

Lima yang ditahan termasuk seorang bekas pelumba motosikal dipercayai ada hubungan rapat dengan dalang sindiket terbabit yang masih diburu polis.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Polis Nasional Indonesia, Kristian Parluhutan Siagian, berkata 378kg methamphetamine, 200,252 pil ekstasi dan 11,752 kartrij mengandungi cecair etomidate dirampas.

“Nilai keseluruhan barang bukti yang dirampas ialah Rp1,014,347,252,000 (RM229 juta),” katanya menurut portal berita Indonesia, Kompas.

Menurut Kompas, lima suspek itu dikenal pasti berdasarkan parap RR, RA, AT, AN dan SBD.

RR ialah bekas pelumba motosikal dari Pekanbaru, Riau, yang dipercayai merupakan penghantar dadah dan orang kepercayaan individu dikenali A.

A yang masih diburu pihak berkuasa, dipercayai mengendalikan aktiviti pengedaran dadah itu di wilayah Riau.

AT dipercayai menerima dan mengira bekalan dadah di sebuah gudang, AN disyaki menyelaras penghantar dadah di lapangan dan SBD pula ialah pemandu.

Lima lelaki itu didakwa mengikut Artikel 114(2) dibaca bersama Artikel 132(1) dan/atau Artikel 119(2) dibaca bersama Artikel 132(1) Undang-undang Narkotik Indonesia 2009, selain boleh dituduh

mengikut di bawah Kanun Keseksaan republik itu.

Semua suspek berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara enam hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.