CNN TürkSabah namazı saat kaça kadar kılınır? Güneş doğduktan sonra sabah namazı kılınır mı?PunchMorning recap: Opposition challenges Tinubu, Daura emir faces sexual assault allegation, other top storiesBollywood HungamaREVEALED: Jio Studios backs Jaideep Ahlawat-Shefali Shah starrer Hisaab; 25 years after Aankhen, Vipul Shah promises a NEVER-BEFORE-SEEN bank heist drama in Indian cinemaInquirerDOTr to offer free rides in parts of NCR during 2-day transport strike한겨레서울 외곽·경기 남부 공시가 상승…강남 고가주택 보유세도 껑충ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüNvidia CEO'su baştan çıkarttılar: Jensen Huang'ın sonu olan casusluk ağı ortaya çıktıSoompiBae Hyeon Seong, Cha Kang Yoon, And Park Yoon Ho Dish On Their Upcoming Drama “The Substitute”Observador DesportoEncosta de Manteigas pode demorar um ano a ser estabilizadaالشرقدراسة تكشف علاقة توزيع الدهون بتراكم بروتينات ألزهايمر في الدماغ7sur7Une fusillade éclate lors d’un concert en Californie: au moins 9 blessés, dont un graveGhaflaCreme De La Creme Opens Up About Four-Year Ordeal Before 2015 Video Leak
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

YPX himpun bakat Bumiputera, perkukuh jaringan kepimpinan

Translate

Yayasan Peneraju menghimpunkan alumni, golongan profesional dan pemimpin industri menerusi YP Leadership Conference 2026 (YPX), baru-baru ini bagi bertukar pandangan, mengukuhkan jaringan serta berkongsi pengalaman kepimpinan.

Persidangan anjuran Yayasan Peneraju di Pusat Konvensyen KLGCC itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai bidang menerusi tema ‘Xchange, Xperience and Xcellence’.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nor Azmah Zahrullail, berkata perhimpunan itu turut memberi peluang kepada alumni yang berjaya membina kerjaya, perniagaan dan inisiatif kemasyarakatan untuk berkongsi pengalaman.

Katanya, kejayaan pembangunan bakat tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah individu dilatih semata-mata, sebaliknya impak yang mereka hasilkan sepanjang perjalanan profesional dan kehidupan.

Menurutnya, yayasan itu mahu memperkukuh hubungan dalam kalangan 69,867 alumni dan 13,475 bakat menerusi kerjasama industri, program bimbingan serta peluang untuk bekerjasama.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasir, pula berkata pembangunan bakat perlu membantu individu melangkah ke peranan kepimpinan dan merebut peluang baharu dalam ekonomi.

“Matlamat kita bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi memastikan ia membina keupayaan tempatan dan mewujudkan nilai berkekalan dalam ekonomi,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Beliau berkata, usaha itu termasuk menyediakan pekerjaan bergaji lebih baik serta membantu syarikat tempatan berkembang.

Antara alumni berkongsi pengalaman ialah Dr Izza Arsyika Abdul Rahim, penerima Emerging Community Leader (Social Impact) Award atas sumbangannya dalam bidang kesihatan dan khidmat kemanusiaan.

Izza yang juga doktor dan setiausaha agung NGO Hospitals Beyond Boundaries berkata, pengiktirafan itu cukup bermakna kerana menghargai sumbangannya di luar kerjaya perubatan.

Katanya, organisasi yang diasaskannya bersama beberapa individu ketika masih bergelar pelajar perubatan pada 2012 itu kini mengendalikan sebuah klinik di Phnom Penh, Kemboja.

Penglibatannya dalam pelbagai organisasi turut mengubah pendekatan beliau terhadap kepimpinan.

“Belajar daripada orang lain membantu saya menjadi pemimpin lebih baik, terutama sebagai wanita. Saya perlu belajar bagaimana memastikan suara saya didengari,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, penerima Emerging Business Leader Award, Khairul Anwar Zaki, berkata penyertaannya dalam program Yayasan Peneraju memberikannya pengetahuan dan keyakinan untuk menubuhkan syarikat teknologi pendidikan, Pandai.

Pengasas Pandai itu berkata, antara cabaran terbesar ialah mendapatkan sokongan orang lain untuk mengembangkan perniagaan berkenaan yang kini mempunyai lebih 100 pekerja.

Bagi Atikah Paimin, penerima Remarkable Transformation Award, program Yayasan Peneraju membolehkannya beralih daripada kerjaya sebagai jurutera TNB kepada akauntan bertauliah.

Katanya, program empat tahun itu membuka laluan untuknya mendalami bidang kewangan, yang sememangnya diminati.

Beliau kini mengetuai bahagian performance acceleration & governance, pejabat CEO TNB.

“Jika tak mencuba, kita tak akan tahu sama ada mampu melakukannya atau tidak,” katanya, menasihati alumni yang mempertimbangkan perubahan kerjaya supaya menilai pilihan sebelum membuat keputusan.

Pengalaman ketiga-tiga alumni itu mencerminkan pelbagai bentuk kepimpinan yang diketengahkan menerusi YPX, sama ada membangunkan perniagaan, berkhidmat kepada masyarakat atau meneroka peluang baharu dalam bidang profesional masing-masing.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.