The Jerusalem PostMQG demands probe into Netanyahu's reported US aid waiverPunchNJC suspends three judges, disciplines six othersInquirerSC adopts ‘child-friendly’ rules for court testimony한겨레한국언론진흥재단 이사장에 권태선 전 방문진 이사장Daily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Resident Evil — a horror video game adaptation with a wicked sense of humourZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardFani-Kayode, Seyi Tinubu, three others receive Senior Counsel rankEl ComercioSorteo Superior 2903: resultados y premios de Lotería Nacional hoy, viernes 6 de noviembreMyJoyOnlineOpoku-Agyemang calls for prosecution of perpetrators of sex-for-jobs abuseSportstarभारत बनाम नेपाल लाइव स्कोर, अंडर-19 एशिया कप 2026: अंडर-19 भारतीय टीम ने टॉस जीतकर पहले फील्डिंग करने का फैसला किया; ईशान सूद ने नई गेंद से दो विकेट लिए।SözcüHanelere yapılan 72 saatlik acil çağrı engele takıldıThe Sydney Morning HeraldRussell Brand convicted of rape and sexual assault
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Umno-PAS sandaran Mustafa tingkat majoriti BN di Durian Tunggal

Translate

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Durian Tunggal, Mustafa Musa, yakin kerjasama Umno dan PAS mampu meningkatkan majoriti kemenangan gabungan itu pada PRN Melaka kali ini.

Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan semangat perpaduan ummah, kerjasama kedua-dua parti serta sokongan kepimpinan yang disifatkan mampu menarik lebih ramai pengundi.

“Majoriti terdahulu 500 lebih, dan saya percaya dengan kerjasama PAS, juga keadaan politik semasa serta keinginan rakyat melihat perpaduan ummah dapat meningkatkan jumlah undi yang akan diperoleh BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas walkabout di Durian Tunggal bersama bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Mustafa yang kali pertama bertanding pilihan raya berkata, sokongan kepimpinan BN, parti komponen dan ‘Friends of BN’ turut memberikan momentum kepada kempen untuk mempertahankan kerusi itu.

Beliau menyifatkan kehadiran Ismail sebagai suntikan semangat kepada jentera parti, selain nasihat supaya beliau mendekati seramai mungkin pengundi.

Katanya, gerak kerja kempen bersama PAS akan diteruskan menerusi program ceramah dan walkabout.

Mustafa akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Ashraf Mukhlis Minghat.

Pada PRN Melaka 2021, penyandang BN ketika itu, Zahari Abdul Khalil, memenangi kerusi Durian Tunggal dengan majoriti 559 undi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.