PunchSoldiers rescue 41 Senegal-to-Kano travellers in ZamfaraThe Jerusalem PostNew Octagon Project promotes civic engagement in response to ‘erosion of truth’ following October 7CNN TürkÖzgür Özel cumhurbaşkanı adayı mı? 'Forvetlerim' dediği İmamoğlu ve Yavaş artık yok!RTP DesportoPortugal vitorioso com Jesus tenta ficar perto do apuramento em CopenhagaInquirerSandiganbayan keeps Bonoan as accused in remaining graft caseUOLPrecisamos fazer a verdade importar novamenteThe South AfricanWhat R10 000 can buy for a family in South Africa vs Botswana20 MinutenFelssturz im Schächental: «Plötzlich wurde es komplett dunkel»The Sydney Morning HeraldCats open to a move for Nick Blakey, but club’s board would have to ratify a tradeStraits Times SportPalestinian karateka aims for world glory from West Bank after Asian Games exitVarietyDurban FilmMart Head on Why This Year’s Event Is ‘Looking Inward’ as African Screen Industries Strive to ‘Create Solutions’ on Their Own TermsHet Laatste NieuwsOpnieuw laat kind van Brad Pitt achternaam vallen: dochter Zahara (21) heet nu officieel Jolie
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Pengerusi PKR Perak Hairul Amir angkat sumpah senator

Translate

Pengerusi PKR Perak, Hairul Amir Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator baharu, mewakili negeri itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 10 Sept lepas hingga 9 Sept 2029.

Hairul, 38, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah, dalam upacara yang berlangsung di Dewan Negara, Bangunan Parlimen.

Beliau yang juga ketua pegawai khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun, dilantik menggantikan Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof, yang tamat tempoh pelantikan sebagai Senator pada 24 Mei.

Pada 10 Sept, Persidangan DUN Perak memilih Hairul selepas dicadangkan Menteri Besar Saarani Mohamad, mengikut Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, susulan kekosongan satu kerusi Dewan Negara bagi anggota yang dipilih oleh DUN Perak.

Sementara itu, Awang Bemee dalam ucapan pemasyhuran pelantikan itu berkata pengalaman Hairul dalam kepimpinan politik, pentadbiran awam, hubungan kerajaan, pembangunan masyarakat dan tadbir urus korporat, akan memberi nilai tambah kepada perbahasan serta perjalanan Dewan Negara.

“Penglibatan Yang Berhormat dalam badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta sebagai Ahli Jawatankuasa Audit Bebas dan Ahli Lembaga Pengarah badan eksekutif syarikat swasta, turut memperluas pengalaman dalam bidang tadbir urus, pengurusan, akauntabiliti dan integriti,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Awang Bemee berkata Dewan Negara berharap pengalaman yang dimiliki Hairul, dapat menyumbang secara konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Senator yang datang daripada pelbagai latar belakang dan pendirian politik.

“Walaupun kita boleh berbeza pandangan, perbezaan itu hendaklah disampaikan dengan penuh hikmah, berhemah dan saling menghormati,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Dewan Negara akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi Parlimen Malaysia, termasuk melalui pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang antaranya bertujuan memperteguh prinsip pengasingan kuasa serta keberkesanan fungsi semak dan imbang Parlimen.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memperkukuh autonomi dan kedudukan Parlimen, supaya peranannya sebagai institusi dalam sistem demokrasi negara dapat dilaksanakan dengan berkesan, bebas dan berwibawa.

“Kita mahu Dewan Negara menjadi institusi yang membawa suara rakyat dan negeri, meneliti dasar serta perundangan negara dan pada masa sama memperkukuh prinsip semak dan imbang dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya.

Menurut takwim Parlimen, persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 30 Nov hingga 22 Dis ini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.