The Jerusalem PostTrump's close ties to Nvidia's Huang scrutinized after foreign intelligence concernsInquirerLeni Robredo ‘definite’: Not seeking national post in 2028Daily MaverickOP-ED: Get the right things done — How to make time for what matters mostHet Laatste NieuwsPlan voor ‘CO2-snelweg’ van Zeebrugge naar Noorwegen voorlopig afgevoerdSözcüPencere kenarında kibrit yakmaya başladılarChannel News AsiaUS-mediated talks with Russia and Ukraine to start in Abu DhabiLenta.ruРоссиян предупредили о новых возбудителях урологических инфекцийHabertürkÇelik fabrikasında facia: 17 ölü!CNN بالعربيةنائب جمهوري يتوقع عزل هيغسيث قبل نهاية العام: الديمقراطيون لن يكونوا مهذّبين معه.. وترامب يردScreen RantStephen King’s Hit Sci-Fi Show Feels Like A Philip K. Dick Adaptation In Season 2BBC NewsThe Papers: 'Brand jailed for 10 years' and 'shamed star caged'El ComercioPrecio del dólar en Perú hoy, martes 10 de noviembre: cuál es el tipo de cambio del día
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Pembantu tadbir MPAJ didakwa tipu RM13,000

Translate

Seorang pembantu tadbir Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu dua individu membabitkan wang berjumlah RM12,974.

Saidatul Munirah Azmi, 43, yang berkhidmat selama 21 tahun di MPAJ mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Dia berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana didakwa memperdayakan dua individu berhubung urusan pembayaran bil dan permit di pihak berkuasa tempatan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Mohamad Rafizal Abdul Rahim pada 17 Mac 2020 dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu menguruskan pembayaran cagaran pelan berjumlah RM2,000 dan permit sementara tahunan sebanyak RM1,254.

Perbuatan itu didakwa mendorong Rafizal menyerahkan wang tunai berjumlah RM3,254 kepada tertuduh di Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ.

Bagi pertuduhan kedua, Saidatul Munirah didakwa menipu Muhammad Amin Rahim pada 9 Nov 2021 dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu menguruskan pembayaran invois cukai bagi proses pelan bangunan berjumlah RM9,720.

Dia didakwa mendorong Amin menyerahkan wang tunai berjumlah RM9,720 kepadanya di jabatan sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di MPAJ, Hulu Langat.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Muhd Arif Asyraf daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan.

Dalam prosiding itu, Norazihan memohon kebenaran mahkamah untuk membolehkan anak guamnya ke London pada 16 Nov bagi menghadiri majlis konvokesyen pada 18 Nov.

Dazuki membenarkan permohonan itu dan menetapkan pasport tertuduh diserahkan semula kepada mahkamah pada 30 Nov.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 9 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.