Askar Wataniah aset strategik perkukuh pertahanan negara

Rejimen Askar Wataniah kini diiktiraf sebagai aset strategik yang memperkukuh kesiagaan pertahanan negara, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, kehadiran Askar Wataniah di seluruh negara bukan hanya merapatkan hubungan antara tentera dan rakyat malah kepakaran profesional yang dimiliki bertindak sebagai pengganda kekuatan penting kepada Tentera Darat Malaysia.
“Ini termasuk kepakaran mereka dalam sektor sektor siber, logistik, perubatan, kejuruteraan, dan teknologi,” titahnya selepas berkenan berangkat menyempurnakan Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) Ke-46 di Kem Bukit Keteri.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri kedua baginda berdua Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Mohd Azwan Ariff Mohd Azawi yang mengetuai sendiri perbarisan melibatkan seramai 9 Pegawai dan 130 orang lain-lain pangkat.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.