InquirerProvinces across Luzon ready funds, water measures for El NiñoDaily MaverickPGA Tour not planning return program for ex-LIV players, CEO saysInquirer EntertainmentBLACKPINK left off YG’s exclusive artist list, sparking fan worryZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldMelbourne Cup runner suspected to be horse found in Sydney skip binRapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaGIGAZINENVIDIAが小型AIスパコンDGX Sparkを4台つなげてメモリ容量512GBを実現する「DGX Spark Developer Kit」を発表、最大700Bのモデルを実行可能中国新闻网2026Tennis123分级赛全国总决赛落幕Lenta.ruЭкс-премьер Украины указал на незаконность продления полномочий ЗеленскогоESPN DeportesEN VIVO: Chargers controlan a Ravens en BaltimoreCumhuriyetSon Dakika! SÖZCÜ TV ve Sözcü.com.tr'ye kayyım atandıSouth China Morning PostRoyal row claims Malaysian chief minister as Umno hunts a successor
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Teguh berpegang pada kebenaran, jangan tergoda habuan, titah Sultan Nazrin

Translate

Rakyat tidak seharusnya jemu mempertahankan perkara yang benar, manakala keputusan yang dilihat kecil untuk membetulkan kesalahan atau bersuara menentang salah laku tidak boleh dipandang remeh, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-66 hari ini, Sultan Nazrin bertitah bahawa keberanian dan integriti yang tinggi diperlukan untuk melakukan perkara yang benar, khususnya dalam situasi yang melibatkan kepentingan.

Titahnya, mereka mungkin diminta meluluskan sesuatu yang meragukan atau melanggar undang-undang di tempat kerja, sama ada dengan mengubah angka dalam laporan, menyembunyikan kelemahan sesuatu projek atau berdiam diri mengenai salah laku atau kecuaian bagi melindungi individu tertentu.

“Anda bakal menghadapi arahan daripada orang yang mempunyai kuasa, atau anda bakal menghadapi godaan dalam bentuk pujukan naik pangkat, anugerah gelaran atau imbuhan kebendaan dan kewangan.

“Dalam keadaan demikian, insaflah bahawa keputusan yang kelihatan kecil boleh membawa akibat yang besar.

“Satu kecuaian yang disembunyikan boleh meragut nyawa manusia,” titah baginda.

Sultan Nazrin menyeru graduan supaya tidak sekali-kali mengalah dalam mempertahankan kebenaran atau membiarkan komitmen mereka terhadap kebenaran dilemahkan oleh janji keuntungan peribadi.

“Ingatlah, di sebalik setiap dasar, terjejas kehidupan manusia; di sebalik setiap peruntukan kewangan, terdapat keperluan yang menunggu pembelaan dan di sebalik setiap kelewatan, terlibat keluarga yang terus menanggung kesusahan.

“Oleh itu neraca keadilan wajib ditegakkan sekalipun yang ditimbangkan melibatkan kepentingan peribadi, ahli keluarga dan pihak atasan yang dianggap berkuasa,” titahnya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.