ESPNFollow live: Garrett Mitchell smashes home run to give Brewers lead over DodgersThe Jerusalem PostMladenov receives COGAT letter, says suspension of private sector goods into Gaza is 'unacceptable'ESPN DeportesBroncos se separa en el marcador en casa vs. SeahawksCNN TürkHazine ve Maliye Bakan Yardımcılığına Bekir Bayrakdar atandıInquirer93.6% pass October 2026 Physicians Licensure Examination한겨레김지용 초대 중수청장 첫 출근, 업무 개시…취임식은 다음주 열기로ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSDP EspectáculosLa cuarta película de La Momia ya tiene un título oficial revelado por UniversalUOLEsquerda desperta para reverter desvantagem de Lula no segundo turnoWirtualna PolskaPrezydent nazwał go trollem. Giertych ostro odpowiada NawrockiemuSouth China Morning PostSouth Korea-US alliance losing ‘trust’ amid widening cracks in tiesDeadlineNetflix’s New Content Chief Peter Rice Will Continue As EP Of LA28 Opening & Closing Ceremonies
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

Undang-undang baharu mesti halang ahli politik pegang jawatan utama GLC, kata peguam

Translate

Undang-undang baharu bagi memperkukuh tadbir urus syarikat milik kerajaan perlu mempunyai peruntukan jelas yang melarang ahli politik dilantik ke jawatan utama, kata peguam Salim Bashir.

Bekas presiden Badan Peguam berkata, undang-undang berkenaan juga perlu menetapkan supaya calon bagi jawatan penting dipilih melalui proses pengambilan biasa, termasuk mengiklankan kekosongan jawatan dan mengadakan temu duga.

“Panel temu duga bebas yang dianggotai individu berkelayakan boleh diketuai ketua setiausaha negara.

“Calon yang terpilih kemudian perlu dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen untuk menjalani penelitian sewajarnya sebelum pelantikan dimuktamadkan,” katanya kepada FMT.

Salim Bashir

Salim Bashir.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bercadang menggubal undang-undang bagi mengawal selia entiti yang diamanahkan menguruskan wang dan aset rakyat.

Langkah itu bertujuan mengelakkan skandal seperti 1MDB serta masalah yang melanda Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda berulang.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH yang dinyahklasifikasikan pada Julai lalu mengaitkan masalah kewangan institusi itu dengan campur tangan politik dalam pelantikan ahli lembaga pengarah, selain mengesyorkan supaya penglibatan politik dalam TH dihadkan.

Menurut laporan itu, beberapa pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang dilantik antara 2014 hingga 2018 merupakan ahli politik aktif, manakala keputusan berkaitan kadar hibah, bayaran haji dan bantuan kewangan sepanjang tempoh berkenaan turut dipengaruhi pertimbangan politik.

Anwar pada Julai turut menyatakan kerugian Felda hampir RM10 bilion berpunca daripada salah urus dan campur tangan politik yang keterlaluan.

Shukor Ahmad

Shukor Ahmad.

Peguam Shukor Ahmad pula berpendapat, undang-undang dan peraturan sedia ada sudah lebih daripada mencukupi untuk menangani masalah tadbir urus sekiranya dikuatkuasakan dengan tegas.

“Masalah utama yang membelenggu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun ialah campur tangan politik serta pelantikan ahli politik atau individu yang mempunyai hubungan politik sebagai ahli lembaga pengarah, malah ada yang dilantik menerajui badan berkenaan.

“Jika undang-undang baharu tidak menangani masalah ini, undang-undang sedia ada sudah memadai, tetapi mesti dikuatkuasakan dengan tegas. Proses saringan juga perlu ketat tanpa sebarang pengecualian.

“Ramai individu berbakat di luar sana yang mampu memimpin organisasi ini untuk mencapai matlamatnya,” katanya.

Shukor berkata, Akta Syarikat 2016 dan pelbagai peraturan lain sudah menetapkan syarat serta piawaian bagi pelantikan, termasuk kelayakan dan tanggungjawab pengarah.

Menurutnya, latar belakang politik seseorang tidak sepatutnya menjadi halangan untuk dilantik, asalkan individu berkenaan benar-benar berkelayakan memegang jawatan tersebut.

Pada 2024, Anwar mempertahankan pelantikan ahli politik oleh kerajaan perpaduan ke pelbagai jawatan dalam GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dengan menegaskan mereka yang dilantik merupakan golongan profesional.

Katanya, semua pelantikan dalam GLC dan GLIC melalui proses saringan ketat oleh beberapa agensi, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Menurut Anwar, proses itu bertujuan memastikan calon mempunyai rekod bersih dan pelantikan mereka dibuat atas alasan yang wajar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.