CNN TürkBenzine kademeli ÖTV artışıPunch10 major highlights of Tinubu’s 66th Independence Day addressThe Jerusalem PostShin Bet heads to Dubai to coordinate return flights after flydubai hijacking causes suspensionRTP DesportoTiago Luís Pereira, bronze no triplo nos Mundiais `indoor`, é a mais recente saída do SportingESPNJJ Gabriel and the 'nightmare' battle for Premier League academy talentInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Oct. 1, 2026Bollywood HungamaBigg Boss 20: Rhiti Tiwari evicted in surprise mid-week exit after captaincy task? Here’s what we know!Egypt IndependentUS troops complete Iraq exit, as Iran and its allies celebrateNHK 社会高齢者の医療費窓口負担 見直しに向けて議論開始 厚労省20 MinutenGeldsorgen nach Long Covid: Cora Schumacher will auswandernWirtualna PolskaCiepły początek października. Nawet 25 stopniRTL BoulevardNederland haalt 'alles uit de kast' om Bolle Jos uit Sierra Leone te krijgen
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 1, 2026

Timbang risiko ‘terbesar’ kerjasama PAS, Ramasamy beri amaran pada Umno

Translate

Pengerusi Urimai P Ramasamy memberi amaran kepada Umno supaya mempertimbangkan risiko ‘terbesar’ jika menjalinkan kerjasama dengan PAS pada PRU16, kerana ada kemungkinan parti Islam itu mengatasi Umno di kawasan majoriti Melayu.

Walaupun Umno akan memperoleh kelebihan pilihan raya dalam masa terdekat melalui kerjasama bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu itu, Ramasamy berkata PAS boleh mengatasi malah mengetepikan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan majoriti Melayu.

P Ramasamy

P Ramasamy.

Beliau berkata PAS banyak memberi ruang kepada Umno dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan kerana mengetahui bahawa parti itu tidak akan dapat menembusi kawasan berkenaan jika bertanding secara bersendirian.

“Buat masa ini, PAS kelihatan bersedia untuk menekankan perpaduan politik Melayu-Islam dan nasionalisme apabila kerjasama dengan Umno memenuhi matlamat pilihan raya mereka.

“Tetapi jika PAS memutuskan bahawa nasionalisme ini tidak lagi memenuhi kepentingan politiknya, parti itu boleh kembali dengan lebih kuat kepada identiti politik Islamnya.

“Sentiasa ada risiko bahawa PAS akhirnya boleh mengatasi atau mengetepikan Umno dari segi politik di beberapa kawasan majoriti Melayu,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Walaupun mempunyai musuh yang sama dalam Pakatan Harapan (PH) menjadi faktor penyatuan Umno dan PAS, Ramasamy berkata kejayaan dalam PRU16 boleh menajamkan persaingan antara dua parti Melayu-Islam terbesar itu.

Bekas pemimpin DAP itu berkata PAS, khususnya, kemungkinan tidak akan memberi ruang kepada Umno di kubu kuatnya di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, selepas parti itu membina penguasaan dengan mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan selepas kejatuhan BN.

“Empat negeri itu bukan sekadar kawasan pilihan raya bagi PAS. Negeri-negeri tersebut adalah hasil titik peluh perjuangan politik PAS yang panjang menentang Umno,” katanya.

Tambahnya, menyerahkan beberapa kerusi di negeri itu akan dilihat seperti PAS mengembalikan semula wilayah yang telah diperjuangkan parti itu dengan gigih untuk dikuasai.

“Persoalan sebenar ialah sejauh mana setiap parti bersedia berkompromi tanpa menyerahkan kedudukan politik yang telah mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk mereka perjuangkan bagi menguasainya.”

Ramasamy berkata PRN Melaka boleh menjadi petunjuk sama ada pakatan Umno-PAS di Negeri Sembilan merupakan langkah taktikal khusus untuk negeri itu atau sedang berkembang menjadi kerjasama yang lebih luas.

Umno dan PAS pernah menjadi sekutu di bawah pakatan Muafakat Nasional yang dimuktamadkan pada 2019, tetapi pakatan itu runtuh selepas PAS menyertai Bersatu untuk membentuk Perikatan Nasional.

Dalam PRU 2022, BN gagal memenangi satu pun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.

Gabungan pimpinan Umno itu mengalami nasib yang sama dalam PRN enam negeri pada Ogos 2023, apabila BN gagal menang walaupun satu kerusi di DUN Kedah dan Terengganu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.