PunchSoldiers rescue 41 Senegal-to-Kano travellers in ZamfaraThe Jerusalem PostNew Octagon Project promotes civic engagement in response to ‘erosion of truth’ following October 7CNN TürkÖzgür Özel cumhurbaşkanı adayı mı? 'Forvetlerim' dediği İmamoğlu ve Yavaş artık yok!RTP DesportoPortugal vitorioso com Jesus tenta ficar perto do apuramento em CopenhagaInquirerP20.4-M ‘shabu’ netted off Tawi-Tawi watersUOLÔnibus perde controle e atinge carros e escola no Jabaquara, em SPSouth China Morning PostIt’s the end of the world – and I don’t feel fineThe RegisterHMRC bets up to £2.4B on Salesforce for taxpayer CRM overhaulMalay MailWrong venue again: S. Korea volleyball team loses training after Asian Games bus blunderCollider9 Best Survival Movies to Watch Ahead of Heart of the BeastThe Sydney Morning HeraldHill launches comeback bidNOS SportIsraëlische aanvoerder haalt uit naar Ierse spelers: 'Ze haten ons en wij mogen hen niet'
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Bersatu Melaka mahu teroka kerjasama hadapi BN, PAS

Translate

Bersatu Melaka berpandangan ruang persefahaman dan kerjasama politik perlu diterokai menjelang PRN negeri itu bagi menghadapi persaingan dengan BN dan PAS.

Menurut Pengarah Bilik Gerakan Utama Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, perkara itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Bersatu Melaka Mohammad Ali Mohamad pada pertemuan dengan pemimpin parti lain termasuk PKR, semalam.

Pemangku Ketua PKR Melaka Adam Adli dan Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat menghadiri pertemuan itu yang mencetuskan spekulasi kerjasama antara Bersatu dengan Pakatan Harapan (PH) dinamakan ‘PH Plus’.

Turut hadir Presiden Putra Ibrahim Ali dan Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut Hishamuddin, setiap pemimpin yang hadir telah berkongsi pandangan dan perspektif mengenai landskap politik semasa serta persediaan menghadapi PRN Melaka.

“Mohammad berpandangan ruang persefahaman dan kerjasama politik perlu diterokai bagi menghadapi persaingan dengan BN dan PAS dalam PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Pandangan itu hadir ketika Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) terutama PAS pada PRN Melaka walaupun belum ada sebarang keputusan rasmi.

Bersatu pula memerlukan rakan kerjasama susulan krisis dalam PN menyaksikannya hubungan dengan PAS putus.

Bagaimanapun, Hishamuddin yang juga ketua penerangan Bersatu Melaka menegaskan pertemuan itu tidak harus ditafsirkan sebagai keputusan muktamad mengenai sebarang bentuk kerjasama atau pembahagian kerusi.

“Pertemuan semalam bukan mengenai siapa perlu tunduk kepada siapa, tetapi membuka ruang komunikasi dan mencari titik persamaan dalam menghadapi landskap politik Melaka yang semakin dinamik,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.