CNN TürkGenelkurmay Başkanı Orgeneral Bayraktaroğlu, Somali'de temaslarda bulunduThe Jerusalem PostPro-Israel advocate kicked to the ground during a pro-Palestinian protest in BerlinPunchHow Nigeria can shape global narrative – Ex-UN officialZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF매일경제“8000억 담았는데 하룻밤 14% 폭락?”…떨어지는 칼날 잡은 서학개미Daily MailPioneering treatment fixes hearts as patients remain awakeLa NaciónAbierto de Palermo: La Natividad-La Dolfina venció a La Ensenada y está invicto en 22 funcionesLenta.ruЛитва ответила на новость о запуске страной подозрительного объекта в сторону РоссииTimes of IndiaOhio shooting: 3 killed, 1 injured at event venue; two suspects in custodyCBS NewsTrump says he wants "permanent" deal with IranGlobal NewsRinzel’s rise lifts him into ‘Hawks history books自由時報歡迎ARMY來高雄 陳其邁PO圖導覽高雄吃喝玩樂
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 22, 2026

Lebih 50,000 pelajar terima manfaat program YTSP Perlis

Translate

Lebih 50,000 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga di Perlis mendapat manfaat daripada Program Titian Kasih Mega anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sejak 2007.

YTSP Perlis berkata, program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan remaja sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan.

Program itu juga memfokuskan lima bidang utama, termasuk pembangunan sahsiah, kepimpinan, keselamatan awam, kesihatan, ekonomi negeri dan kelestarian alam sekitar.

“Pendekatan ini bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, malah turut membentuk pelajar berfikiran kritis, mempunyai nilai kepimpinan dan memahami tanggungjawab terhadap masyarakat serta negeri,” katanya dalam kenyataan.

Program itu pernah diperluaskan ke beberapa lokasi di Sabah, termasuk Tawau, Kudat, Sandakan dan Semporna, serta Melaka.

Pencapaian itu diketengahkan pada Majlis Malam Amal YTSP Perlis 2026 yang diadakan sempena Festival Fesyen Islam 2026 di sebuah hotel di sini, semalam.

Majlis itu turut diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga pengerusi YTSP Perlis.

Majlis malam amal itu bertujuan mengumpul dana menerusi tajaan meja dan sumbangan bagi memperkukuh program teras yayasan, khususnya dalam bidang pendidikan serta kebajikan.

Dana yang dikumpul itu akan digunakan untuk memperluaskan peluang pendidikan, meningkatkan kesejahteraan komuniti serta membantu golongan memerlukan.

Penganjuran tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-40 penubuhan YTSP Perlis yang menyumbang kepada kemajuan pendidikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

IFF 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 23 Nov pula meraikan ulang tahun ke-20 penganjurannya menerusi tema “Peranakan: The Golden Era”.

Festival itu menghimpunkan 30 pereka fesyen dari Malaysia dan Indonesia bagi mengetengahkan busana sopan serta warisan budaya serantau, dengan YTSP Perlis antara tujuh rakan penganjur bersama kebajikan.

Penganjuran IFF turut mengetengahkan fesyen sopan sebagai medium diplomasi budaya dan pertukaran seni, selain membuka ruang memperkenalkan warisan tekstil serta identiti budaya Malaysia kepada khalayak antarabangsa.

Ia juga bagi membuka ruang kepada YTSP Perlis untuk memperluas jaringan dengan sektor korporat dan masyarakat, di samping menggalakkan lebih banyak pihak menyumbang kepada usaha pembangunan sosioekonomi rakyat Perlis.

“Melalui kesinambungan program dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, YTSP Perlis akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat berilmu, berdaya saing dan sejahtera, khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal menerajui masa depan negeri.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.