ESPN DeportesToluca luce peligroso, pero no abre el marcadorESPN'Now we're off and running': How the Mystics fast-tracked a rebuild all the way to the postseasonInquirerProsecution, defense anticipating ex-SC justices’ take on threshold issueThe Jerusalem PostOver 40 Israeli organizations sign joint statement in solidarity with NAZA filmmakersCNN TürkSuç örgütü lideri Pülümür Vadisi’nde yakalandıUOLDino lidera reação de grupo pró-Moraes, que tenta ganhar tempo e mira Fachin매일경제“별거, 옳은 결정이었다”…아만다 사이프리드, 10살 연상 남편과 이혼Screen RantDC Already Revealed Their New Rebooted Suicide Squad, And Nobody NoticedThe Sydney Morning HeraldA petrol can, a drill and six dead trees: Sydney tree vandal avoids convictionוואלהדיווח איראני: פיצוצים נשמעו באי קשםEl ComercioAhora se dictarán cursos de educación financiera: los nuevos contenidos que se verán en el Plan Nacional de Educación 2026-2031中国新闻网空客在华第二条总装线顺利交付首架飞机
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Tan Cheng Lock pelopor ‘kesedaran Malaya’

Translate

Tan Cheng Lock, antara tokoh pengasas Malaysia menjadi sebahagian pemimpin terawal yang memperjuangkan kesedaran politik berteraskan identiti Malaya dalam kalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu, kata ahli akademik Toh Chen Chun.

Dalam One Country, One People: The Life and Legacy of Tun Tan Cheng Lock, sebuah biografi mengenai pengasas MCA itu, Toh berkata Tan menggunakan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam kalangan British untuk menekankan perlunya dasar terhadap penduduk Malaya diubah.

Toh, yang juga penulis bersama buku itu berkata, ketika menghadiri satu jamuan tengah hari bersama Gabenor Negeri-negeri Selat, Laurence Guillemard pada 1920, Tan bercakap panjang mengenai perlunya ‘anak watan’ Malaya digalakkan supaya lebih aktif mengambil berat tentang kebajikan negara tempat mereka dilahirkan.

“Tidak kira sama ada mereka Melayu, Eurasia, India atau Cina, mereka telah menjadikan negara ini sebagai kediaman tetap mereka.

“Mereka adalah anak watan, mereka sebahagian daripada empayar yang kerajaan dan institusinya dibina kukuh berasaskan prinsip kebebasan yang luhur,” kata Tan, yang ketika itu berpandangan masa depan Malaya adalah sebagai wilayah autonomi dalam Empayar British.

Toh berkata, ucapan itu yang turut menyaksikan Tan bersungguh-sungguh memperjuangkan kemasukan rakyat Malaya ke dalam perkhidmatan awam, mendorong Guillemard melantiknya sebagai ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat pada 1923.

Tan kemudian menggunakan kedudukannya dalam majlis itu untuk mengetengahkan gagasan politiknya. Tiga tahun kemudian, beliau mengemukakan visinya bagi sebuah ‘Malaya British yang berkerajaan sendiri dengan kerajaan persekutuan dan Parlimen’.

Dalam ucapannya pada 1926, Tan menggesa pemimpin Malaya memupuk ‘semangat dan kesedaran Malaya yang sebenar’ dalam kalangan rakyat serta membina sebuah masyarakat yang mempunyai ‘kesedaran Malaya’.

“Cheng Lock antara pemimpin terawal yang menyuarakan keperluan supaya semua penduduk Malaya melihat diri mereka sebagai orang Malaya terlebih dahulu, bukannya mengutamakan kaum masing-masing.

“Ketika nasionalisme Melayu berkembang dalam kalangan orang Melayu dan nasionalisme berorientasikan China dalam kalangan masyarakat Cina, Cheng Lock pula kuat memperjuangkan sebuah entiti politik berkerajaan sendiri yang berteraskan Malaya,” kata Toh.

Perjuangan bukan mudah

Namun, Toh berkata usaha Tan untuk menerapkan gagasan itu dalam kalangan masyarakat Cina di Malaya bukan mudah. Beliau mendapati golongan elit berpendidikan Inggeris lebih mudah menerima konsep ‘kesedaran Malaya’ yang dibawanya.

Katanya, golongan ‘Laukeh’ dan ‘Sinkeh’ masing-masing merujuk kepada gelombang awal pendatang Cina yang datang secara besar-besaran ke Malaya sebelum pertengahan abad ke-19 dan mereka yang tiba kemudian selepas Perang Dunia Pertama.

Kedua-dua kelompok itu melihat Malaya sebagai tempat sementara untuk mencari rezeki sebelum kembali menghabiskan usia di kampung halaman nenek moyang mereka di China.

“Sebagai seorang Peranakan, Cheng Lock tidak boleh bertutur dalam bahasa Mandarin atau mana-mana dialek Cina. Keadaan itu menyukarkannya untuk meyakinkan golongan Laukeh dan Sinkeh supaya menerima konsep ‘kesedaran Malaya’.

“Disebabkan orientasi mereka yang lebih tertumpu kepada China, Cheng Lock sukar meyakinkan mereka untuk terbabit dalam politik tempatan dan menganggap Malaya sebagai tanah air mereka,” katanya.

Pada 1951, apabila ahli politik Malaya termasuk pengasas Umno Onn Jaafar bersetuju memberikan kewarganegaraan kepada semua bukan Melayu yang dilahirkan di Malaya, Tan berhujah bahawa satu-satunya cara berkesan untuk mengalihkan perhatian masyarakat Cina kelahiran China daripada terlalu tertumpu kepada politik kebangsaan China adalah dengan menawarkan kewarganegaraan Malaya secara lebih terbuka.

One Country, One People: The Life and Legacy of Tun Tan Cheng Lock diterbitkan UTAR Press dan boleh dibeli pada harga RM130 dengan menghubungi [email protected] menerusi e-mel.

Semua hasil jualan akan disumbangkan kepada Tabung Pinjaman Pelajar Tun Tan Siew Sin di TARUMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.