ESPN DeportesYoshinobu Yamamoto intenta dar el sexto triunfo seguido a los DodgersESPNWNBA playoff bracket coming into focus: Dream lock in 4-seed, Liberty are No. 8The Jerusalem PostUkraine transfers two North Korean prisoners of war to South Korea, Zelensky saysInquirerIloilo school cancels classes over ‘security concern’UOLEUA reconhece oito tentativas de suicídio no porta-aviões LincolnPunchFCT truck driver, two others held for vandalising NNPC pipelineالنهارسلاح الفصائل إلى 2027... هل اشترت بغداد الوقت لتفادي الصدام؟ynetתחזית מזג האוויר: טמפרטורות רגילות לעונהLa NaciónRusia puso retenciones cero para el trigo, la cebada y el maíz hasta fin de añoVarietyPaige DeSorbo on Healing From Domestic Violence With Her Pet: ‘Sometimes the Thing That Helps You Feel Safe Again Has Four Paws’SportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 6: India's Roshibina wins wushu silver, Satnam-Salman bag bronze in rowing, Indian quartet qualifies for 4x400m mixed relay final - Scores and NewsThe Sydney Morning HeraldMacau hotel puts ClearVue solar glass tech to the test
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 24, 2026

JPPM gantung PN, beri tempoh jelas aduan Bersatu

Translate

Status semasa Perikatan Nasional (PN) ketika ini adalah digantung, bukan dibatalkan pendaftarannya, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Katanya, PN diberi tempoh munasabah untuk menjawab notis dikeluarkan pihaknya mengikut Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjelaskan aduan dilaporkan Bersatu.

“JPPM menegaskan bahawa notis tersebut bertujuan meminta PN memberikan penjelasan berkenaan aduan yang dilaporkan oleh Bersatu kepada JPPM dan notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran,” menurut kenyataan itu.

JPPM berkata, justeru semua kegiatan PN digantung berkuat kuasa 23 Sept sejajar Subseksyen 13(2A) Akta 832.

“Perintah penggantungan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan
pertubuhannya.”

Pada Jun, PAS bertindak menghentikan kerjasama politiknya dengan Bersatu. Parti Wawasan pimpinan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin serta Pejuang pimpinan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir, kemudiannya diterima masuk sebagai komponen PN.

PN juga membentuk pakatan dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Negeri Sembilan, langkah didakwa Bersatu dibuat secara sepihak. Bersatu bertanding di semua 24 kerusi secara solo, namun tumpas di setiap kerusi itu.

Presiden PAS Hadi Awang kemudiannya mendakwa Bersatu secara automatik terhenti daripada menjadi komponen PN selepas mengumumkan perancangan membentuk gabungan baharu, namun Bersatu mempertikaikan dakwaan tersebut.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.