Punch2027: Tinubu will win by landslide — KaluThe Jerusalem Post32 years after AMIA attack: Monument in honor of victims to be erected in BinyaminSky TG24Oroscopo del 10 novembre, scopri cosa ti riservano gli astriInquirerWitness says Manases Carpio’s Davao lot in VP’s SALN한겨레이틀내 트럼프 2기 첫 내각 탄핵 표결…야당 우위 의회 ‘예고편’CNN TürkGalatasaray'dan Leroy Sane kararı! İşte ayrılık şartıNOSWekdienst 10/11: Onderhandelingen in Abu Dhabi • Kamer discussieert over blastingplanWirtualna PolskaFidesz Orbana na dnie. Nowy sondaż obnaża skalę zapaściSouth China Morning PostHong Kong civil servants to be given 12 hours of family care leave a yearThe Sydney Morning HeraldPM announces tougher AI protection to curb mounting risksSportstarIndia vs UAE, Under-19 Asia Cup LIVE score: Raichandani, Sehwag open; IND 36/0 (7)سكاي نيوز عربية"بحر الصداقة" يجمع مصر وتركيا.. فهل تتراجع خلافات المتوسط؟
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Guan Eng nafi fitnah pendakwah, dakwa kenyataan dipetik luar konteks

Translate

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan fitnah Firdaus Wong dengan berkata kenyataannya mengenai pendakwah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap komen provokatifnya sendiri di media sosial.

Dalam maklum balas terhadap surat tuntutan Wong, peguam Lim berkata video Facebook penasihat DAP itu pada 24 Jun dipetik di luar konteks, selain mendakwa Wong memilih petikan tertentu dan menterjemahkannya secara tidak tepat daripada rakaman berbahasa Mandarin.

Pertikaian itu dilaporkan bermula selepas Lim menerbitkan hantaran Facebook pada 15 Jun bagi mempromosikan acara tahunan jualan daging babi di Butterworth sempena Pesta Perahu Naga.

Wong mempersendakan hantaran itu dengan didakwa mencadangkan supaya DAP menubuhkan biro hal ehwal agama bukan Islam, selain membuat sindiran terhadap penganjuran program jualan daging babi oleh parti berkenaan.

Dalam pembelaan difailkan firma guaman Guok Partnership minggu lalu, peguam Lim berkata anak guam mereka berhak memberikan respons terhadap komen Wong, yang disifatkan mempunyai unsur perkauman dan keagamaan.

Mereka menegaskan, video Lim perlu dinilai secara keseluruhan dan bukan berdasarkan petikan yang dipisahkan daripada konteks asal, sambil berhujah Wong memutarbelitkan maksud sebenar video itu.

Lim menafikan memfitnah Wong dan menolak tuntutan supaya beliau membuat permohonan maaf secara terbuka serta membayar ganti rugi RM5 juta.

Pasukan guamannya menyatakan, mereka akan menggunakan pembelaan berasaskan justifikasi, komen saksama dan keistimewaan bersyarat jika kes itu dibawa ke perbicaraan.

Wong memfailkan saman fitnah terhadap Lim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dengan mendakwa bekas ketua menteri itu menggambarkannya sebagai pelampau agama yang tidak bertoleransi dan mahu menjejaskan kebebasan serta hak masyarakat bukan Islam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wong mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mencetuskan kebencian masyarakat bukan Islam terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, selain injunksi terhadap Lim.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.