PunchI’m a godfather, but don’t interfere in Abiodun’s govt — OsobaThe Jerusalem PostPalestinian-American to challenge John Fetterman for Pennsylvania Senate seat in 2028InquirerAmihan, easterlies to bring rains across parts of PH on Nov. 10CNN TürkHava Durumu (10-11-2026)한겨레The Huang affair: A Chinese honey trap, or simple infidelity by Nvidia CEO?Observador DesportoSapadores de Lisboa com 130 ocorrências das 0h00 até às 6h00Global NewsFrustration level high for beleaguered CanucksRTL BoulevardCruiseschip dat strandde in Cambodja nu in beslag genomen in SingaporeThe Sydney Morning Herald‘Smitten, yes. Obsessed, no’: Lamarre-Condon tells court about his feelings for TV presenterDaily MailResurfaced video shows moment Russell Brand and his father recall nights 'with prostitutes in Hong Kong'CNN بالعربيةمستوحى من فراء الغزال.. كايلي جينر تختار تصميمًا سعوديًا على السجادة الحمراء بلوس أنجلوسSözcüSon dakika... Cafer Mahiroğlu soruşturmasında ikinci dalga operasyon
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

AGC fail permohonan kaji, teliti perintah pelepasan Najib

Translate

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengkaji semula dan meneliti perintah pelepasan yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

“AGC juga memohon suatu perintah pelepasan yang baru supaya selaras dengan perintah pengampunan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong,” kata Peguam Negara Dusuki Mokhtar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai penjelasan yang diminta pejabatnya berhubung perintah pelepasan yang dikeluarkan oleh pejabat pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah pelepasan itu selepas denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas presiden Umno berkenaan dibayar melalui dana solidariti dilancarkan parti terbabit, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun, AGC kemudian mengambil tindakan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib sementara menunggu penelitian terhadap pengampunan bersyarat dan perintah pelepasan itu kerana ia membabitkan persoalan undang-undang rumit serta memberi kesan terhadap pelaksanaan pengampunan diraja dan perintah mahkamah.

AGC menjelaskan permohonan itu bukan bertujuan mempertikaikan pengampunan bersyarat diberikan, sebaliknya untuk mendapatkan penjelasan berhubung kesan undang-undang perintah pelepasan berkenaan.

Jabatan itu berkata, perkara berkenaan melibatkan ‘persoalan undang-undang yang rumit’ yang mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan pengampunan diraja dan perintah mahkamah.

Kecacatan yang didakwa itu, menimbulkan persoalan dalam kalangan pengamal undang-undang, dilaporkan melibatkan ketepatan istilah dan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam dokumen berkenaan.

AGC berkata, permohonannya bukan bertujuan mempertikaikan pengampunan bersyarat itu, sebaliknya untuk menjelaskan kesan undang-undang perintah pelepasan berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.