CNN TürkBallon d'Or ödülünün sahibi Harry Kane oldu!ESPN DeportesAlexia Putellas conquistó su tercer Balón de OroBollywood HungamaVijay Deverakonda and Rashmika Mandanna’s team files cyber crime complaint in Hyderabad over alleged fake claims and online harassmentThe Jerusalem PostIsraelis to head to polls as voting begins in pivotal Knesset electionESPN👀 The clues behind Jay-Z's Super Bowl nodPunchBallon d’Or: How Kane won without World Cup, Champions League한겨레“선물 주려면 제대로 줘라” 전남광주시민사회 초광역특구법 반발ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioGhaflaKenya Power Announces Tuesday Blackouts in Nairobi, Nyeri, Embu and Tana RiverVanguardOil spill in Odidi: Is an end finally in sight?Complete SportsBurna Boy Hands Saka Prestigious Sócrates Award At 2026 Ballon d’OrSouth China Morning PostThe price of romance: young Malaysian men borrow to fund dates, study finds
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Jururawat mengaku tak salah palsukan 10 MC

Translate

Seorang jururawat sebuah klinik kesihatan ibu dan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memalsukan 10 keping sijil cuti sakit antara Mac hingga April lalu.

Zaleha Ismail, 55, didakwa memalsukan 10 keping dokumen sijil cuti sakit yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Sarah Aqilah Lokman memohon jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, mengambil kira keseriusan kesalahan, status tertuduh sebagai penjawat awam serta kepentingan awam.

Peguam Ahmad Deniel Roslan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang bersesuaian dengan mengambil kira keadaan kewangan dan tanggungan tertuduh.

Beliau berkata tertuduh bekerja sebagai jururawat dengan pendapatan kira-kira RM3,500 sebulan dan merupakan pencari nafkah tunggal keluarga berikutan suaminya mengalami strok dan tidak dapat bekerja serta menanggung dua anak masih bersekolah.

Majistret Melody Woon Sze Mun membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan sekali sebulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan penyerahan dokumen.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.