InquirerVeloso, family get P50,000 aid from gov’tESPN DeportesLa nueva generación del Team USA despierta la ilusión de PochettinoESPN2026 WNBA playoffs: Takeaways from every Game 1 on SundayThe Jerusalem PostRubio says foreign actor involved in RAF Fairford bomb plot, Trump criticizes release of suspectsDaily MaverickMaxhosa Africa brings pan-Africanism to Paris Fashion WeekPunchHospital seeks to stop inquest into Chimamanda son’s deathBollywood HungamaAnupam Kher honoured in Toronto with Certificate of Recognition: “What a wonderful feeling”SözcüSon dakika... Yahşihan Belediyesi soruşturması: Eski AKP ve MHP'li başkanlar dahil 15 kişi tutuklandıХабрКак продвигать в нейросетях интернет-магазин, если тот же товар на маркетплейсе дешевлеSportstarAsian Games 2026 Day 11 Live Updates: Indian women win trap shooting team silver; Neeru, Shapath through to finals; Anahat and Co. qualify for squash team quarterfinalsWirtualna Polska"Wiemy o nich wszystko". Trump o podejrzanych ws. ataku na bazę RAFNOS Sport'Elk nadeel heb zijn voordeel': door alle blessures groeit Oranje in de breedte
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Bekas CEO FIC didakwa perdaya lembaga pengarah berkait projek Jalan Semarak

Translate

Bekas CEO sebuah cabang pelaburan Felda didakwa memperdaya lembaga pengarah syarikat itu berhubung cadangan pembangunan komersial tanah Felda di Jalan Semarak, di sini, pada 2014.

Zaid Abdul Jalil, bekas CEO Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Zaid didakwa memperdaya lembaga pengarah FIC supaya mempercayai Synergy Promenade Sdn Bhd layak dilantik sebagai pemaju induk projek berkenaan, sedangkan beliau mengetahui syarikat itu hanya layak bertindak sebagai perancang induk projek.

Tindakan itu didakwa menyebabkan lembaga pengarah FIC meluluskan pelantikan Synergy Promenade sebagai pemaju induk. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Felda pada 16 Jan 2014.

Zaid turut didakwa memperdaya lembaga pengarah FIC dengan menyatakan penilaian nilai pasaran bagi pembangunan komersial melibatkan 24 lot tanah Felda berjumlah RM330.96 juta, sedangkan beliau mengetahui jumlah sebenar yang dilaporkan Firdaus & Associates Property Professionals Sdn Bhd adalah RM691.7 juta.

Beliau juga didakwa memperdaya lembaga pengarah FIC supaya mempercayai 24 lot tanah itu bernilai RM180 juta, sedangkan beliau mengetahui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta tidak pernah memberikan penilaian indikatif sedemikian kepada FIC.

Tindakan itu didakwa menyebabkan lembaga pengarah FIC menerima tawaran Synergy Promenade yang menetapkan pulangan minimum dijamin sebanyak RM500 juta atau 10% daripada nilai pembangunan kasar, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Felda pada 29 April 2014.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Radzi Shah Razak, mencadangkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan, selain syarat Zaid menyerahkan pasport dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali.

Bagaimanapun, peguam Zaid, Shahrullah Khan, memohon jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak guamnya berdepan kesukaran kewangan.

Shahrullah turut berkata, Zaid memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan pernah dua kali menjadi saksi pendakwaan, termasuk dalam kes membabitkan bekas pengerusi Felda, Isa Samad.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Zaid turut diperintahkan menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 29 Okt untuk sebutan kes.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.