InquirerDOJ says P50-M bounty for Dela Rosa ‘legal’Daily MaverickBOOK EXCERPT: Remembering Sydda Essop, who turned recipes into a social history of the KarooPunchICPC recovers N5.3bn LG fundsThe Jerusalem PostIran says they targeted a US early-warning radar in BahrainХабрMeta* представила датасет для восстановления 3D-сцен по стереовидеоLenta.ruПоявились новые подробности массированного налета ВСУ на столицу региона РоссииMalay MailMan accused of posing as Selangor Raja Muda’s aide charged again in RM40,000 Lexus RX350 auction scamSözcüAKP'ye oy verenlerin %17,8'i bir daha asla diyor: Metropoll'ün yeni anketinde çarpıcı sonuçInvesting.comمدير Carvana Co جيه. دانفورث كويل يبيع أسهماً بأكثر من 2 مليون دولارThe Sydney Morning HeraldNvidia’s Jensen Huang resigns after scandal; reports of third affair emergeVanguardWike targets 3m votes for Tinubu in RiversAnadolu Ajansıİstanbul merkezli 42 ilde "kişisel verileri" ele geçirenlere operasyon
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

Jangan mansuh tapi had 3 Adun lantikan, PH Melaka diberitahu

Translate

Penganalisis menyeru Pakatan Harapan (PH) mengecilkan kuota Adun lantikan di Melaka kepada tiga berbanding pemansuhan sepenuhnya bagi memberi ruang golongan profesional dan minoriti, tanpa mengorbankan prinsip demokrasi.

Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya berkata, PH tidak semestinya menolak manfaat jawatan itu kerana ia membolehkan golongan teknokrat, wanita, dan masyarakat minoriti yang kurang mendapat perwakilan bersuara dalam DUN.

“Langkah ini akan menggambarkan undang-undang mudah dipinda mengikut selera politik apabila bertukar kerajaan. Perlu dibuat kajian dan penambahbaikan, jangan kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar,” katanya kepada FMT.

Katanya, penjimatan elaun dan kos pentadbiran tujuh Adun lantikan itu tidak begitu signifikan, berbanding keseluruhan belanjawan Melaka, malah tujuh hanyalah had maksimum yang tidak wajib diisi penuh.

Tawfiq Yaakub

Tawfik Yaakub.

“Di peringkat persekutuan pun ada pelantikan senator di Dewan Negara. Jika benar posisi lantikan membazir, PH perlu menghentikan pelantikan senator terlebih dahulu bagi memperlihatkan iltizam ke arah penjimatan,” katanya.

Sebaliknya, beliau mencadangkan kriteria pelantikan diperketat menerusi jawatankuasa pemilihan dwipartisan yang telus, selain menyelesaikan isu kesahihan perlembagaan enakmen itu yang dicabar di mahkamah terlebih dahulu.

Beliau mengulas janji PH Melaka diterajui Ketua, Adly Zahari, untuk membatalkan enakmen tujuh Adun lantikan jika gabungan itu menang PRN esok kerana mahu menjimatkan belanja negeri dan menyalurkannya kepada perumahan belia.

Sementara itu, pakar perlembagaan Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata isu tersebut boleh dinilai daripada dua sudut berbeza iaitu percaturan politik dan penjimatan wang rakyat.

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Menurut ketua kluster tadbir urus dan undang-undang Majlis Profesor Negara itu, dari sudut politik, penambahan kerusi lantikan mampu mengukuhkan majoriti kerajaan negeri sekiranya mereka diberi kuasa mengundi seperti wakil rakyat dipilih.

Namun, beliau mengakui pelantikan wakil teknokrat, NGO, dan kumpulan minoriti seperti Orang Asli adalah amalan baik menyamai konsep Dewan Negara bagi memperkukuh semak dan imbang.

“Persoalannya, adakah Adun sedia ada tidak mampu mewakili kumpulan minoriti dan profesional ini dengan efektif? Jika tidak efektif, maka lantikan baharu itu wajar.

“Tetapi, jika sebaliknya, ia tidak membawa makna dan hanya membazirkan wang rakyat. Akhirnya, terpulang kepada pengundi Melaka untuk mentafsir dan menentukannya pada PRN nanti,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.