CNN TürkHava Durumu (26-11-2026)PunchEPL: Man City risk forced sale over financial breaches – RegulatorBollywood HungamaShah Rukh Khan sends defamation notice to content creator over viral Anant Ambani video; gives 48-hour deadlineInquirerLPA to bring rain to Palawan; 3 weather systems to affect PHDaily MaverickProsecco’s ‘heroic’ vines offer a test case in climate resiliencePremium TimesNiger governor receives report on deaths of 37 miners in NSCDC custodyRMF24Kolejny ksiądz z diecezji sosnowieckiej z zarzutami na tle seksualnymSRF NewsProduziert im Herkunftsland – Kriegt die Schweizer Schokolade Konkurrenz aus Afrika?VarietyMario Van Peebles, Abderrahmane Sissako Set for Ivory Coast’s SICA as African Content Economy Takes Center StageESPNSteelers cut Aaron Rodgers after QB rips Mike McCarthy in scorched-earth interviewn-tvGemeinsamer Appell: Trump und Rutte: Moskau soll Ukraine-Krieg nicht ausweitenالنهاررامز جلال يفاجئ مورينيو بطلب تدريب الأهلي بعد رحيل عموتة
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Banjir hingga 5 kali setahun, penduduk Jalan Kebun gesa tindakan

Translate

Dahulu banjir hanya berlaku sekitar sekali setahun, namun kini penduduk Kampung Jalan Kebun, di sini, adakala terpaksa berdepan bencana itu sehingga lima kali setahun.

Keadaan itu bukan sahaja meresahkan penduduk, malah ada yang bimbang meninggalkan rumah untuk bercuti kerana khuatir kediaman dilanda banjir ketika ketiadaan mereka.

Penduduk mendakwa pembangunan pesat, penambakan kawasan tadahan air serta sistem perparitan yang tidak dinaik taraf antara faktor menyebabkan masalah banjir semakin buruk.

Yazid Muhyiddin, 61, berkata kekerapan banjir semakin membimbangkan berbanding keadaan lebih sedekad lalu.

Yazid Muhyiddin.

“Kalau dulu mungkin setiap hujung tahun saja berlaku banjir, setahun sekali. Tapi semakin mendekati tahun 2026, setahun kadang berlaku empat ke lima kali banjir,” katanya kepada FMT.

Yazid berkata, pembangunan pesat sejak sekitar 2010 menyaksikan kawasan yang sebelum ini berfungsi sebagai tadahan air, termasuk kebun dan tanah kosong, mula ditimbus.

Wahab Senen.

Seorang lagi penduduk, Wahab Senen, 71, turut berpandangan pembangunan lot perumahan dalam tempoh 15 tahun lalu menyebabkan kawasan tadahan air semakin berkurangan.

“Satu lot perumahan keluasannya tiga ekar. Jika 100 lot sudah 300 ekar…300 ekar tempat yang boleh menadah air sekarang sudah tak boleh menadah air,” katanya.

Menurutnya, penambakan tanah mengehadkan resapan air hujan, sedangkan sistem perparitan di kawasan itu tidak mengalami perubahan ketara sejak mula menetap di situ.

“Waktu awal di sini, itulah parit yang ada sampai sekarang. Maksudnya parit itu tidak dibesarkan, tidak dilebarkan, tidak didalamkan dan tidak ditambah.

“Memang parit ini tak boleh nak menampung aliran air yang makin banyak,” katanya sambil menjelaskan masalah itu pernah dibangkitkan sebelum ini.

Bimbang tinggalkan rumah

Bagi Herman Afande Abdul Malik, 46, yang menetap di kawasan perumahan teres berhampiran, banjir bukan sekadar menyaksikan rumah dimasuki air, malah penduduk terpaksa berdepan kerja pembersihan serta membuang barangan yang rosak selepas air surut.

Herman Afande Abdul Malik.

Pengalaman berdepan banjir turut menyebabkannya bimbang meninggalkan kediaman ketika hujan, terutama apabila berada di luar selama beberapa hari.

“Kadang-kadang kami bercuti atau keluar bersama, selalu berharap tak hujan. Kalau tidak, kami tak ada di sini. Bila tak ada di sini dua, tiga hari habislah barang-barang reput,” katanya.

Wan Hafizul.

Wan Hafizul, 42, pula berharap tindakan segera diambil supaya penduduk tidak terus berdepan masalah sama setiap kali hujan.

“Bila hujan saja air naik, hujan saja air naik. Sepatutnya benda itu kita dah boleh fikir secara intensif lagi, ambil iktibar daripada kejadian,” katanya.

Sementara itu, Yazid bimbang jika pembangunan perumahan baharu dibina pada paras lebih tinggi daripada kawasan kampung, keadaan tersebut akan meningkatkan risiko banjir jika masalah perparitan tidak ditangani.

“Mungkin kita akan menjadi satu tempat lubuk air. Itu pun tak nak jadi seperti tempat-tempat lain. Jadi kita berharap kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius perkara ini,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.