ESPN DeportesChivas se acerca al gol, ante un América nerviosoPunchAkpabio, Natasha silent over activist’s fresh allegationESPNDeBoer wants Bama to 'start faster' after latest rally vs. FSUוואלהאד שירן על ישראל ועזה: "מה שקרה ב-7 באוקטובר היה מחריד; המתרחש בעזה קטסטרופלי"النهارترامب يفك الترابط بين حربي أوكرانيا وإيرانThe Jerusalem PostPutin prepares to escalate Ukraine war with draft surge, attacks targeting NATO - reportDaily MailHarry Styles and fiancée Zoe Kravitz passionately kiss and hold hands in NYC as wedding plans are revealedEl Comercio¡Pura alegría! Así festejó Perú su clasificación a los Qualifiers de la Copa Davis | FOTOSOnetPilny powrót Trumpa. Bombowiec B-1B Lancer opuścił bazę. Podsumowanie nocyNew Straits TimesNajib's RM50mil house arrest condition partly beyond his control, say lawyersSportstarShooting LIVE updates from Asian Games 2026: India set to win team medal in 10m air rifle; Sonam Maskar, Elavenil Valarivan enter finalThe Sydney Morning HeraldAlbo wanders into Tim Apple’s place to fix the internet
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Populariti Noor Helmy cabaran besar DAP rampas Duyong

Translate

DAP mungkin berdepan laluan sukar merampas DUN Duyong yang kini disandang Noor Helmy Abdul Halem, seorang wakil rakyat popular termasuk di media sosial, namun peluang parti itu boleh terbuka jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRN Melaka, kata penganalisis.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata senario tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) boleh memecahkan undi, sekali gus memberi ruang kepada DAP mencabar di kerusi itu.

“Tetapi saya fikir agak sukar juga kerana Umno mempunyai ‘political base’ yang begitu kuat di Melaka,” katanya kepada FMT sambil mengaitkannya dengan komposisi pengundi Duyong yang terdiri daripada kira-kira 60% Melayu dan 35% Cina.

“Naratif politik Melayu-Islam yang dilihat menonjol dalam pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan juga berkemungkinan berterusan di Melaka.

“Dengan 60% pengundi Melayu di situ, Umno sebenarnya mempunyai peluang yang besar untuk menang,” katanya.

Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong sebelum ini mengumumkan parti itu akan bertanding lapan kerusi pada PRN Melaka termasuk menyasarkan untuk merampas semula kerusi Duyong.

Duyong pernah dimenangi PH menerusi calo DAP Damian Yeo Shen Li pada PRU14 dengan majoriti 2,895 undi.

Namun, pada PRN Melaka 2021, Noor Helmy merampas kerusi itu untuk BN selepas menewaskan Yeo dan lima lagi calon dengan majoriti 200 undi.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata antara cabaran terbesar DAP adalah imej positif Noor Helmy yang menurutnya diterima merentasi kaum, agama dan latar belakang ekonomi.

“Satu perkara yang DAP perlu berhati-hati adalah imej Noor Helmy di Duyong terlalu positif dan merangkumi keseluruhan rakyat daripada pelbagai etnik, agama serta lapisan ekonomi.

“DAP boleh menampilkan calon mereka dan mempromosikannya, tetapi bukan dengan cara menyerang Noor Helmy terutama dengan perkara kurang munasabah,” katanya.

Lau berkata pendekatan DAP terhadap penyandang Duyong juga boleh memberi kesan kepada persepsi pengundi terhadap parti itu di luar kerusi berkenaan.

“Ini kerana apa yang berlaku di kerusi Duyong tidak akan terhenti di Duyong sahaja, sebaliknya akan memaparkan imej yang dibawa DAP secara keseluruhan,” katanya merujuk kepada kesan populariti Noor Helmy di media sosial.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.