PunchOld students lament teacher shortage in Ondo collegeESPNSnubs, underrated players and future greatsCNN TürkMusk'tan Ukrayna mesajı: Starlink'in İHA saldırılarında kullanılmasına izin vermedikThe Jerusalem PostEisenkot’s Yashar seeks to halt Netanyahu meeting with police chief on election integrityRai NewsSci, a Soelden tocca agli uomini: Odermatt sfida Braathen nel gigante. Diretta su RaiNewsInquirerJournalist Philip Lustre posts P48,000 bail in cyberlibel case한겨레법무장관 후보 박균택·양부남…‘대통령 변호’ ‘공소 취소’, 중립성 논란Collider‘Bosch’ Meets ‘The Wire’ in Walton Goggins’ 7-Part Crime Series Officially on HuluZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioLa TerceraDónde y a qué hora ver a Liverpool vs. Brighton por la Premier LeagueThe RegisterReg readers land on 'Binface' as name for UK space cleanup missionالنهار"القوات اللبنانية": منحى تصاعدي في المواجهة المطلبية والسياسية
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

Retorik negara Islam, hudud PAS tak lagi kedengaran, kata pemimpin DAP

Translate

Seorang pemimpin DAP membangkitkan ke mana hilangnya retorik PAS mengenai negara Islam dan hudud yang tidak lagi kedengaran, sambil menekankan parti itu bukan agama.

Naib Pengerusi DAP Perak Aziz Bari, berkata hakikatnya PAS adalah sebuah parti politik berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan rakyat perlu tahu rekod dan prestasinya.

“Perlu dinyatakan bahawa di Malaysia ada parti-parti yang berunsurkan Islam, baik secara langsung melalui nama rasmi, perlembagaan atau perjuangan mereka.

“DAP sendiri telah menyatakan komitmen menjunjung kedudukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi dalam negara,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, isu Islam bukan monopoli PAS sebaliknya semua program dan dasar Islam seperti Tabung Haji, universiti Islam, sistem kewangan Islam, dan pemerkasaan Mahkamah Syariah bukan legasinya.

“Ketika PAS terlibat dalam kerajaan persekutuan pada 1974-77 dan 2020-22 tiada program besar yang kekal sehingga sekarang. Malah, PAS gagal membawa RUU355 berhubung dengan Mahkamah Syariah ke Parlimen.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.