The Jerusalem PostIDF kills three terrorists in Gaza, including Hamas Nukhba who kidnapped Alexander Dancyg on Oct. 7PunchAI-powered fraud threatens telecom security, banking – NCCDaily MaverickWHAT’S COOKING: Asparagus spears with rosemary-infused Parmesan butter creamESPNThe joy and pain that define baseball were in full force in Rays' incredible Game 4 winInquirerGroup urges Senate to restore education budget cutsBollywood HungamaEXCLUSIVE: Bombay High Court sets aside IMPPA’s award against Nikhil Dwivedi’s Saffron MagicworksCapital FMEx-wife of Zimbabwe’s vice-president freed after collapse of attempted murder caseSky TG24Halloween 2026, 10 campi di zucche da vedere in Italia: dal Veneto alla PugliaBusiness AMGoudsmokkel levert IS-gelieerde rebellen in Congo 1,6 miljoen dollar per jaar opZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDeadlinePrime Video Germany Names Former Netflix Film Exec Sasha Buhler As Originals Chiefn-tvBieterwettstreit um ein Fossil: Skelett von Dino "Jodi" erzielt 47 Millionen Dollar
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Suami isteri ditahan bawa wang tunai hampir RM3 juta ke Singapura

Translate

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) semalam menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang cuba membawa wang tunai termasuk mata wang Singapura bernilai hampir RM3 juta yang tidak diisytiharkan ke Singapura.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pasangan itu yang menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Baharu.

Katanya, ketika pemeriksaan pemandu kenderaan menunjukkan kelakuan mencurigakan ketika disoal sebelum diarahkan membuka ruang penyimpanan barang serta tempat duduk penumpang untuk pemeriksaan lanjut, lapor Sinar Harian.

“Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM1,971,697 dan SGD300,000 yang disimpan di dalam tiga kotak, sebuah beg galas hitam dan sebuah beg kertas,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Johor Bharu.

Nasaruddin berkata, pasangan berusia 41 dan 42 tahun itu yang juga ahli perniagaan mendakwa mahu masuk ke Singapura untuk bercuti.

Bagaimanapun, katanya, tujuan sebenar wang tunai berkenaan dibawa ke Singapura dan alasan ia tidak diisytiharkan masih dalam siasatan pihak berkaitan, termasuk pihak Jabatan Kastam.

Menurutnya, semakan awal juga mendapati pasangan berkenaan tiada rekod berkaitan aktiviti penyelewengan.

Tambahnya, wang tunai dan kenderaan yang digunakan ditahan serta disita sebelum diserahkan kepada kastam untuk tindakan lanjut.

“Pasangan berkenaan akan direman hari ini untuk disiasat mengikut Peraturan 55(1)(b), Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

“Menurut peraturan itu, individu yang membawa wang tunai melebihi had ditetapkan melebihi nilai bersamaan USD10,000 (kira-kira RM40,000 wajib membuat pengisytiharan kepada pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada tindakan undang-undang,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.