Daily MaverickIsraeli exit polls show deadlock, point to setback for NetanyahuESPN DeportesDoble-doble de KAT da a Knicks su primer triunfoPunchLagos Assembly okays state police, demands clear power-sharingESPNFantasy basketball H2H Category and Roto rankings: Daniels, Kessler move upThe Jerusalem Post'Eretz Nehederet' tackles Israel's election-night drama with Gal Gadot, political satireZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioХабрПроект «Фобос» последня экспедиция Советского Союза к МарсуNew Straits TimesSaifuddin: House arrest Bill for remand prisoners in final review stageBBC 中文姆巴佩就「中國獨裁者」迷因道歉:風波背後的資訊真空與「毛澤東熱」VarietyOscars Will ‘Always’ Reward Human Excellence in AI Era, Academy Chiefs Say as They Leave Door Open to International Feature Rule Tweaks (EXCLUSIVE)CBS News8-month Iran war looms large over Israeli electionSözcüSon dakika... İsrail'de seçim sandıkları kapandı
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Baginda naik bosan

Translate

Mohsin Abdullah

Sultan Selangor yang menyambut jubli perak pemerintahannya tahun ini ada mesej tajam kepada golongan pembakar sentimen perkauman yang melihat diri sendiri sebagai wira sesuatu bangsa .

Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan lantang menegur golongan itu – hentikan eksploitasi bangsa dan agama untuk mendapat keuntungan politik dan jangan mengheret istana ke dalam pertikaian mereka.

Titah baginda datang ketika arena politik Malaysia dicengkam permainan sentimen ras dan agama dimana hak Melayu, identiti Islam dan kedudukan masyarakat bukan Melayu berulang kali diketengahkan, secara negatif.

Lihat sahaja PRN Johor dan Negeri Sembilan yang diadakan tahun ini. Sentimen perkauman ditiup dan dibakar. Ferociously – to a level never seen before. Selain dua PRN itu, hampir semua perkara dijadikan isu bangsa dan agama di merata tempat. Politik perkauman (atau kata sesetengah orang politik identiti) dimainkan sewenang-wenangnya.

Daripada kempen pilihan raya, dibawa ke perdebatan di Parlimen, menembusi platform media sosial naratif politik berkisar tentang siapa yang konon akan kerugian, kehilangan hak, diancam dan terancam serta siapa yang benar-benar wira mempertahankan bangsa dan agama tertentu.

Retorik politikus mencetuskan naratif perkauman melampau dalam kalangan warganet yang merupakan ‘rakyat biasa’ dan pastinya golongan yang digelar atau mahu dianggap ‘laskar siber’.

Kata kolumnis politik, Lim Hong Siang, negara berada dalam situasi kebangkitan kumpulan sayap kanan ekstrem yang mengancam realiti kepelbagaian dan kebebasan.

Pada 15 Okt lalu, Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkongsi maklumat di Dewan Rakyat seorang guru baru-baru ini memberitahunya, ada dalam kalangan anak sekolah yang tidak mahu duduk sebelah rakan sekelas bukan sebangsa dan seagama dengan mereka.

Daripada mana atau daripada siapa anak-anak ‘belajar’ tabiat tidak baik begitu? Kemungkinan besar daripada ibu bapa yang termakan kata-kata berbaur perkauman sang politikus dan dakyah negatif dimainkan di media sosial.

Mongin tidak beritahu di mana sekolah perkara itu berlaku. Bagi saya jika ia berlaku di Borneo yang terkenal dengan muhibah dan toleransi antara kaumnya, saya tidak terkejut jika itu juga ada berlaku di Semenanjung.

Semua ini mengancam perpaduan rakyat – merenggang hubungan antara kaum. Ramai pandai menyakiti dan ramai pula yang disakiti.

Dengan PRN Melaka pula akan diadakan tidak lama lagi pasti atau hampir pasti taktik eksploitasi ras dan agama akan diulangi politikus sebagai jalan pintas untuk mendapat kemenangan di peti undi.

Sememangnya memperalatkan isu bangsa dan agama mudah menarik perhatian dan sekali gus mendapat sokongan.

Lantas teguran Sultan Sharafuddin tepat pada masanya. Baginda tidak menamakan sesiapa. Namun, kita tahu siapa yang dimaksudkan. Kita tahu siapa penggemar permainan politik perkauman. No prizes for guessing.

The Sultan’s patience is wearing thin. “Seperti rakyat, beta juga bosan,” titah Sultan Sharafuddin yang dilapor Malaysiakini, Isnin lalu.

Baginda menyeru semua ahli politik Selangor memberi fokus terhadap serving the people, perkhidmatan baik untuk rakyat, menjana pertumbuhan ekonomi dan memastikan perpaduan yang terjalin dalam kalangan rakyat terus dipupuk dan dijaga .

Demi memastikan Selangor maintains it’s leading position in the country. Titah baginda kekuatan Selangor ialah pada rakyatnya. “Kita dianugerah masyarakat berbilang bangsa, kebudayaan dan agama yang generasi ke generasi telah hidup dan bekerja bersama dalam harmoni mencapai kemakmuran.”

Titah baginda, sememangnya boleh dirujuk atau diguna pakai untuk seluruh Malaysia bukan sahaja Selangor. Dan saranan Sultan Sharafuddin kepada ahli politik memang boleh dituju kepada semua ahli politik di semua negeri. Politikus pemain politik perkauman are everywhere in the country.

Sebenarnya, memang raja Melayu lain juga seperti Sultan Sharufuddin mahu permainan politik perkauman dinyahkan. Kita pernah dengar saranan, teguran serta nasihat mereka. Cuma politikus degil tetap degil. Yang gemar main sentimen ras untuk kemenangan pilihan raya meneruskan kegemaran mereka. Tanpa hirau nasihat raja tanpa menghiraukan kesejahteraan rakyat dan negeri masing-masing dan juga negara.

Sehingga kini, seperti Sultan Selangor, raja-raja tidak atau belum namakan sesiapa. Namun, mungkin akan tiba masa Sultan Selangor dan raja-raja lain akan menamakan politikus yang terus-menerus jadikan bangsa dan agama isu untuk dapat manfaat peti undi konon atas nama bangsa dan agama.

Mungkin akan tiba masa raja-raja mendedahkan identiti mereka kepada rakyat meskipun rakyat tahu siapa mereka .

Ini tidak mustahil berlaku, kerana bak titah Sultan Sharafuddin yang dinyatakan tadi baginda sudah bosan dengan gelagat politikus meniup sentimen perkauman. Saya yakin the other rulers are equally fed up. Their patience are also wearing thin.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.