The Jerusalem PostViolence flares in West Bank as Palestinians stone Israeli car, masked rioters attack olive harvest한겨레김도영의 방망이, 한일전 12연패 끊을까ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioDaily MailNewly surfaced photos show ex-Nvidia boss Jensen Huang with alleged Chinese spy after getting caught in multiple affairsMintZelenskyy accuses Musk’s SpaceX of lying about restrictions for Starshield, says curbs more ‘political’ than ‘technical’RapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaThe Sydney Morning HeraldAustralia v England ODI, Adelaide Oval LIVE: Warner clarifies concern about sandpaper investigationسكاي نيوز عربيةالاستخبارات الأميركية تحدد عدد الصواريخ التي تملكها إيران中国新闻网学习新语|亚太是我们的共同家园매일경제李, 최민희 등 ‘친청’ 겨냥했나…“가장 힘든건 등 뒤에서 날아오는 화살”New Straits TimesMBPP culls 2,782 pigeons, crows in OctoberRai NewsNon si ferma escalation attacchi Houthi contro forze governative in Yemen e Arabia Saudita
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Defisit kepercayaan terhadap PAS halang PN tembusi kubu DAP, kata penganalisis

Translate

Kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka masih belum mampu mengatasi defisit kepercayaan pengundi bukan Melayu terhadap PAS, sekali gus menyukarkan usaha menembusi kubu kuat DAP, menurut penganalisis.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata walaupun kedua-dua gabungan bekerjasama untuk menarik sokongan merentas kaum, mereka masih gagal meyakinkan pengundi di kawasan yang dikuasai DAP.

“BN yang dilihat lebih inklusif daripada PN pun sukar menembusi kerusi DAP, apatah lagi PN dipimpin PAS.

“Saya percaya kerjasama ini masih tidak cukup dan ‘trust deficit’ bukan Melayu terhadap PAS masih tinggi,” katanya kepada FMT.

Pada PRN Melaka, PN memenangi tiga daripada lima kerusi ditandinginya, termasuk dua menerusi PAS di Bukit Katil dan Paya Rumput, manakala penyandang Bemban, Dr Yadzil Yaakub daripada Wawasan, berjaya mempertahankan kerusinya.

DAP pula mengekalkan semua empat kerusi ditandinginya iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Parti itu menewaskan komponen PN iaitu Wawasan dan Gerakan di Ayer Keroh serta Kesidang manakala MCA di Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Awang Pawi.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata penyatuan undi Melayu menerusi kerjasama BN-PN tidak semestinya diterjemahkan kepada penerimaan dalam kalangan pengundi pelbagai kaum.

Beliau berkata walaupun PN mengetengahkan calon daripada Gerakan dan parti komponen lain, gabungan itu masih dikaitkan dengan identiti politik PAS, terutama dalam kalangan pengundi bandar.

“Pemindahan undi antara BN dengan PN tidak berlaku secara seragam mengikut komposisi etnik.

“Kekuatan Umno dan PAS menggembleng sokongan Melayu tidak semestinya mampu mengubah kecenderungan pengundi bukan Melayu yang lama menyokong DAP,” katanya merujuk keputusan di Ayer Keroh, apabila calon Gerakan gagal menewaskan DAP di kawasan campuran itu.

“Ia gambaran cabaran PN untuk menarik sokongan lebih luas daripada pengundi bukan Melayu,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.