Daily MaverickBOOK EXCERPT: Kitchens of the Karoo – how cooks of old mastered stone, sourdough and coffeeESPNTakeaways as Rays even series against GuardiansLa NaciónActualizaciones de las encuestas en Florida y quién gana las elecciones 2026 con DeSantis de salidaPunchTinubu transmits NDLEA, NSIB amendment bills to SenateThe Jerusalem Post'We're going to hit them hard': Trump threatens Iran as Tehran escalates shipping attacksESPN DeportesRays arma rally tras error e iguala serie a Guardians한겨레한판에 4만3천원, 브라질산 달걀 ‘고가 수입’ 질타에…농식품공사 “수입 다변화 차원”InquirerQCPD relieves police clearance chief amid probe into service disruptionSCMP ChinaChina’s Dune-like sand crawler could turn the whole Taklamakan Desert into an iron mineSouth China Morning PostNo rush to T+1: Hong Kong exchange won’t hurry settlement-time change, sources sayהידעןעתיד הבינה המלאכותית: ״החלק המסובך זה אנחנו, זה בני אדם״Digital Spy5 Coronation Street spoilers for tonight reveal Bethany baby twist aftermath
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Beri insentif RM10,000 tarik doktor ke Sabah, Sarawak, gesa kesatuan

Translate

Kerajaan Sabah dan Sarawak digesa menawarkan insentif khas RM10,000 bagi menarik lebih ramai doktor dari negeri lain berkhidmat di kedua-dua negeri, terutama kawasan luar bandar dan pedalaman.

Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (Mapsu) mencadangkan bayaran RM5,000 diberikan sebaik doktor melaporkan diri, manakala baki RM5,000 selepas melengkapkan tiga tahun perkhidmatan.

Presidennya Ajulahin Japin berkata skim sementara itu dapat membantu menampung kos perpindahan, selain menggalakkan doktor menerima penempatan di kawasan yang berdepan kekurangan petugas kesihatan.

Ajulahin Japin.

Menurutnya, masalah kekurangan doktor bukan semata-mata disebabkan jumlah graduan perubatan, tetapi turut berkait dengan kesediaan menerima penempatan, kebajikan dan kos perpindahan.

“Kerajaan negeri perlu mengambil langkah segera bagi menangani kekurangan doktor, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 Okt lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mendedahkan hanya 63% pegawai perubatan yang ditawarkan jawatan tetap di Sabah dan Sarawak tahun ini melaporkan diri bertugas.

Beliau berkata, seramai 336 daripada 528 pegawai perubatan melaporkan diri di Sabah, manakala di Sarawak 337 daripada 527 berbuat demikian.

Antara faktor doktor menolak penempatan di kedua-dua negeri termasuk berjauhan daripada keluarga, kos perpindahan tinggi dan keengganan bertugas di kawasan luar bandar.

Sebelum itu, KKM mengumumkan kelulusan tuntutan elaun perpindahan penuh bagi pegawai perubatan yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

Sementara itu, Ajulahin berkata kekurangan doktor yang berlarutan turut menjejaskan perkhidmatan kesihatan, termasuk menyebabkan pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Mapsu, seorang doktor di jabatan pesakit luar Hospital Ranau, Sabah, terpaksa memeriksa hampir 200 pesakit sehari, manakala hanya dua doktor di jabatan kecemasan yang beroperasi 24 jam perlu merawat antara 80 hingga 100 pesakit.

Beliau yang juga presiden Sabah Medical Services Union turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula dasar pencen dan kadar bayaran insentif wilayah (BIW) yang menurut Mapsu berkurangan susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Katanya, jabatan kesihatan negeri juga perlu memastikan kemudahan perumahan, pengangkutan dan keperluan asas disediakan kepada doktor yang ditempatkan di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.