PunchI’m a godfather, but don’t interfere in Abiodun’s govt — OsobaThe Jerusalem PostPalestinian-American to challenge John Fetterman for Pennsylvania Senate seat in 2028InquirerAmihan, easterlies to bring rains across parts of PH on Nov. 10CNN TürkHava Durumu (10-11-2026)Observador DesportoSapadores de Lisboa com 130 ocorrências das 0h00 até às 6h00Global NewsFrustration level high for beleaguered CanucksRTL BoulevardCruiseschip dat strandde in Cambodja nu in beslag genomen in SingaporeThe Sydney Morning Herald‘Smitten, yes. Obsessed, no’: Lamarre-Condon tells court about his feelings for TV presenterDaily MailResurfaced video shows moment Russell Brand and his father recall nights 'with prostitutes in Hong Kong'CNN بالعربيةمستوحى من فراء الغزال.. كايلي جينر تختار تصميمًا سعوديًا على السجادة الحمراء بلوس أنجلوسSözcüSon dakika... Cafer Mahiroğlu soruşturmasında ikinci dalga operasyonCumhuriyetAliağa faciasının ardından sanat dünyasından peş peşe taziye mesajları: 'Yüreğimiz yandı'
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 10, 2026

Kerajaan digesa segera tubuh suruhanjaya ekonomi gig susulan pertikaian e-panggilan

Translate

Badan pemikir pengangkutan MY Mobility Vision (MMV) hari ini menggesa penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) disegerakan susulan keputusan Tribunal Pekerja Gig baru-baru ini berhubung pertikaian membabitkan sebuah syarikat e-panggilan.

Dalam kenyataan, MMV berkata keputusan tribunal itu perlu diterjemahkan kepada ‘peraturan yang jelas dan adil yang boleh difahami serta dipatuhi semua pihak dalam industri’.

Ini termasuk cara pemandu e-panggilan menerima tempahan, yang berbeza mengikut platform, katanya.

“Apa yang kita perlukan ialah peraturan jelas yang melindungi pekerja, selain membolehkan perniagaan mempunyai fleksibiliti untuk menentukan cara terbaik mematuhi peraturan itu.”

Katanya, sebuah badan seperti SEGiM, yang diluluskan kerajaan pada Mac lalu, boleh membantu kerajaan menghimpunkan semua pihak, memahami kesan lebih luas keputusan dasar serta membina masa depan ekonomi gig yang lebih stabil.

“Pekerja gig dan platform bukan musuh. Mereka saling bergantung antara satu sama lain dan tanggungjawab kerajaan adalah mewujudkan peraturan adil yang membolehkan kedua-duanya berjaya,” katanya.

MMV mengulas keputusan tribunal bahawa penggunaan mekanisme ‘auto accept’ dan ‘fast cancel’ oleh GrabCar melanggar Akta Pekerja Gig 2025.

Dalam satu lagi kes berasingan, tribunal turut mendapati berlaku pelanggaran berkaitan penggantungan sementara tempahan dan kuota pembatalan tempahan.

MMV berkata selepas ditubuhkan, SEGiM perlu melengkapi Tribunal Pekerja Gig dan Majlis Perundingan Pekerja Gig dengan menjadi penghubung antara kedua-dua inisiatif itu.

Paling penting, katanya, SEGiM perlu membantu mencegah masalah dan bukannya sekadar bertindak selepas sesuatu masalah berlaku.

“Kita tidak sepatutnya perlu menunggu sehingga seorang lagi pemandu atau platform membawa pertikaian ke tribunal sebelum industri mula menangani isu yang mungkin menjejaskan ribuan pihak lain.

“Kita memerlukan sistem yang membolehkan masalah dibangkitkan lebih awal, pandangan berbeza didengari dan penyelesaian praktikal dirangka sebelum perselisihan menjadi lebih besar.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.