The Jerusalem PostSaudi Arabia says it intercepts three Houthi missiles targeting RiyadhInquirerAnti-narcotics agents nab 2 suspects, seize P4M in meth in Lanao del SurPunchMega churches face succession heat한겨레4년 만의 대중 무역흑자의 역설…반도체 빼면 적자 더 늘어ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİran'dan ABD’ye Irak hatırlatmasıThe Hollywood ReporterUnder Pressure From Struggling Members, SAG-AFTRA Vows to Advocate for Universal Healthcare매일경제170만명 홀린 ‘부캉이’ 이름값이 얼마길래…상표 출원 21건NU.nlVerstappen bijna in bandenstapel na incident met Russell in derde training VegasDeadline‘Yellowjackets’ Stars Melanie Lynskey & Christina Ricci On Misty’s Plot “To Save Themselves” From Shauna: “She’ll Be The Downfall Of Everybody”New Straits Times#SHOWBIZ: Adam Driver, Scarlett Johansson star in New York family crime drama 'Paper Tiger'The Sydney Morning Herald'Unnecessary': F1 rivals tangle in practice
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 21, 2026

SEBA iktiraf usaha gigih di sebalik kejayaan

Translate

Pemimpin perniagaan bersama ikon sukan, penghibur dan personaliti media berhimpun dalam Anugerah SEBA penuh gemerlapan pada Selasa lalu bagi mengiktiraf kecemerlangan keusahawanan.

Bertempat di Pusat Konvensyen KLGCC, majlis itu dimulakan dengan persembahan pancaragam bagpipe bergema di seluruh dewan utama.

Persembahan penuh bertenaga itu menyemarakkan suasana dan menambah elemen istimewa, sebelum fokus diberikan kepada penerima anugerah.

Edisi ke-12 penganjuran anugerah yang dikenali SEBA Asean Elites Edition 2025/2026 itu bertemakan “Beyond Boundaries”.

Rai daya tahan

Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Nitesh Malani, dalam ucapan pembukaannya menekankan kejayaan bukan hanya diukur melalui pengiktirafan dan anugerah, sebaliknya keazaman serta usaha gigih di sebalik setiap pencapaian.

“Malam ini, kita meraikan lebih daripada sekadar kejayaan. Kita meraikan keberanian, daya tahan dan semangat keusahawanan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, ketidaktentuan geopolitik, perubahan landskap ekonomi dan gangguan teknologi sedang membentuk semula dunia perniagaan global.

“Tetapi, ramai usahawan dalam dewan ini melihat ketidaktentuan sebagai peluang. Dalam menghadapi perubahan ini, Asean khasnya Malaysia berada pada kedudukan strategik yang unik.

“Negara kita mempunyai gabungan kelebihan kukuh merangkumi bakat bertaraf global, kesalinghubungan digital, kedudukan geopolitik strategik serta kaya dengan kepelbagaian budaya.”

Pelakon Diana Danielle yang menerima anugerah Icon of Entrepreneurial Influence of the Year, turut menekankan kepentingan menerima perubahan dan terus berusaha berkembang.

“Jangan takut menghadapi perkara tidak diketahui,” katanya sambil berkongsi pengalamannya menerima cabaran baharu dan merebut peluang di luar zon selesa.

Barisan penerima anugerah luar biasa

Sebanyak 38 anugerah disediakan dan beberapa nama terkenal menjadi tumpuan sepanjang majlis itu, sekali gus mencerminkan kepelbagaian latar belakang individu yang mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Antaranya Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn Bhd, Nelson Fernandez yang menerima anugerah Media Icon of the Year, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Norza Zakaria yang dinobatkan Sports Icon of the Year serta Mandy Chew dari Kumpulan Hotel Lexis yang menerima pengiktirafan Hospitality Entrepreneur of the Year.

Bagi penyanyi Ernie Zakri yang dinobatkan Celebrity Entrepreneur of the Year, pengiktirafan itu satu penghormatan dan tanggungjawab besar.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati menerima anugerah ini. Saya melihatnya sebagai tanggungjawab kerana sebagai penyanyi, saya percaya kepada hiburan yang memberi makna. Setiap kali menghasilkan lagu, saya mahu ia menyampaikan mesej positif kepada pendengar.

“Saya berharap anugerah ini memberi kekuatan dan keberanian kepada saya untuk terus melangkah lebih jauh dalam kerjaya.”

Pengasas dan Pengarah Urusan Oriental Kopi, Calvin Chan, menerima anugerah berprestij Entrepreneur of the Year atas kejayaannya mengembangkan sebuah kopitiam di Johor pada 2020 menjadi kumpulan makanan dan minuman yang disenaraikan di bursa saham.

Jenama tempatan itu kini memiliki lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia dan Singapura, dengan anggaran 50,000 pelanggan setiap hari.

Oriental Kopi mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada Januari 2025 dan mencatatkan hasil sebanyak RM451 juta bagi tahun kewangan berakhir September 2025, meningkat hampir 63% berbanding tahun sebelumnya.

Legasi melangkaui kejayaan

Malani mengalu-alukan penerima anugerah menyertai komuniti alumni SEBA Elites yang menghimpunkan usahawan dan pemimpin, dengan harapan ia dapat menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama serta memacu pertumbuhan berterusan.

“Terimalah pengiktirafan ini dengan penuh bangga, namun lebih penting, pikullah tanggungjawab yang datang bersamanya. Jadikan pengiktirafan malam ini sebagai inspirasi untuk menerajui kepimpinan pada masa depan.”

Brandon Chang dari KOLs.Asia yang menerima anugerah Industry Excellence in Digital Marketing and Influencer Engagement, turut menekankan kepentingan mewujudkan impak positif menerusi media sosial.

“Kami percaya kepada usaha membawa impak positif,” katanya sambil menambah syarikat itu kekal komited menghasilkan kandungan bermakna, walaupun landskap digital terus berubah dengan pantas.

Katanya, kejayaan ini mengukuhkan tekadnya untuk terus berpegang kepada prinsip dan menggunakan pengaruh dimilikinya secara bertanggungjawab.

“Percaya kepada diri dan lakukan sesuatu yang memanfaatkan masyarakat.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.